Lebih kurang satu jam berlalu, jasmine masih setia menunggu di dalam kereta. Namun kesabarannya mula menipis. Dia memandang jam di telefon, kemudian mengeluh panjang.
" ishhh dia ni... kata sekejap je. Ni dah satu jam aku tunggu. Menipu kebeno nyoo."
Bencik. Jasmine menyandar, tapi makin lama makin gelisah. Sunyi dalam kereta, ditambah pula rasa bosan yang mula menyesakkan. Tiba-tiba matanya bersinar.
Idea.!
" memang tak boleh jadi ni.."
Dia terus membuka tali pinggang keledar, mematikan enjin, dan mencapai beg silingnya. Dengan sedikit usaha, maklumlah perut sudah sarat kemudian dia perlahan-lahan keluar dari kereta.
Langkahnya berhati-hati, satu per satu, sambil menahan sedikit rasa lenguh di pinggang. Sampai sahaja di dalam bangunan syarikat, suasana terasa sejuk dengan pendingin hawa. Jasmine terus menuju ke kaunter pertanyaan.
Seorang wanita bertudung menyambutnya dengan senyuman profesional " hi puan, ada apa-apa boleh saya bantu..?"
" hi..." jasmine membalas senyum " err... saya nak tanya, hari ni syarikat NZ holding ada meeting dengan syarikat Zaf Holding kan..?"
Wanita itu mengangguk " betul puan. Puan ada urusan apa ya..?"
Jasmine berdehem kecil " saya nak cari suami saya... Tengku Adyan Hayder. Dia dekat mana ya..?"
" ohh, suami puan..." wanita itu tersenyum faham " mereka sedang meeting di ruang perbincangan sana." tangganya menunjuk ke arah ruang kaca di hujung.
Jasmine mengikut arah itu. Dan... ya. Memang betul adyan ada di situ. Tapi... Bukan nampak macam orang tengah "cepatkan meeting".
Siap gelak besar lagi. Jasmine menyempitkan mata. Ini meeting ke... sembang kedai mamak ni..?
" puan nak saya temankan puan ke sana ke..?" tanya wanita kaunter.
Jasmine cepat menggeleng " tak perlu, saya boleh pergi sendiri. Terima kasih."
" sama-sama puan."
Jasmine mula berjalan perlahan ke arah ruang tersebut. Setiap langkahnya penuh "niat". Sampai sahaja di hadapan, dia berhenti seketika.
Memandang. Adyan kelihatan sangat seronok berbual dengan dua orang lelaki lain. Langsung tak nampak macam tengah rushing.
Senyuman jasmine perlahan-lahan berubah... menjadi senyuman sinis. Kemudian..
" aheem... encik adyan..?"
Suasana terus senyap. Ketiga-tiga lelaki itu menoleh serentak. Adyan kaku. Tangannya automatik naik menggaru kepala.
Di hadapannya berdiri isterinya dengan perut memboyot, muka tenang... tapi aura lain macam. Di sebelahnya, Tengku Syed Nazmi hanya menyandar sambil menyilangkan tangan, senyuman sinis jelas di bibir.
Seorang lagi, Tengku Zamarul, terus menahan tawa. Naz bersuara perlahan, cukup untuk adyan dengar..
" matilah kau mat.."
Adyan telan air liur. Mati dia, mati. Lalai bercakap, sampai dia lupa dengan pesan isterinya.
—————————-
Jasmine terus melangkah masuk ke dalam kereta tanpa berkata apa-apa selepas pertemuan tadi. Pintu ditutup agak kuat, jelas menunjukkan perasaannya yang masih membara.
Adyan yang sudah duduk di tempat pemandu hanya mampu tersenyum nipis, kemudian perlahan-lahan menghulurkan tangan, mengusap lembut kepala isterinya.
" sayang.. aku min.."
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomanceSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
