Dalam masa setengah jam, Dato' Iskandar telah pun tiba dan kini duduk di kerusi makan. Meja makan mereka penuh dengan lauk-pauk yang dimasak sendiri oleh jasmine.
Jasmine keluar dari dapur, melangkah merapati mereka lalu duduk di sebelah adyan.
" paa..?" panggil adyan kepada iskandar dengan penuh sopan.
Iskandar memandang lalu tersenyum " yer...? Kenapa, yan..?"
" papa... tak ajak mama sekali datang sini..?" soal adyan selamba, sambil menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.
Jasmine yang ketika itu sedang menyuap makanan terus hampir tersembur.
Terkejut weh..!
Dengan pantas adyan mencapai minuman dan menepuk perlahan belakang jasmine. Jasmine minum dalam keadaan tergamam, masih terkejut dengan soalan adyan tadi.
Iskandar turut tersenyum kelat, tetap tenang menjawab soalan menantunya itu " errr... alah, mama kamu tu macam biasalah. Dia kan suka sibukkan diri dengan club onion dia tu."
Adyan mengangguk dan ketawa kecil, masih nak menyorok kenyataan " ohhh, faham.. lain kali ajaklah mama datang sini.." adyan memandang jasmine sekilas, mata mereka bertembung " min pun kata, dia rindu sangat dengan mama.. kan sayang..?"
Jasmine hanya senyum kelat dan kembali memandang makanannya. Adyan memang sengaja memancingnya.!
Iskandar memandang jasmine yang masih jelas tidak selasa dengan soalan itu, lalu iskandar cuba mengubah topik.
" hari ni kamu ada tetamu lain nak datang ke..?"
Jasmine memandang iskandar pelik dan tersenyum sambil menyuapkan makanan ke dalam mulutnya " takdelah. Mana ada tetamu lain nak datang.. kenapa papa tanya..?"
" takdelah, papa tanya jer... mana tahu, kan..? Sebab banyak sangat kamu masak ni, adik.. dah macam nak buat kenduri pulak."
Jasmine ketawa kecil " alaaa, saja je nak masak banyak-banyak. Lagipun kalau tak, bahan mentah dalam peti sejuk tu kadang-kadang tak terpakai pun. Ada yang sampai tak pernah disentuh pun ada."
Jasmine bercerita sambil tersenyum kelat. Iskandar kelihatan pelik, manakala adyan pula serba salah.
" kamu tak pernah masak untuk suami kamu ke, adik..?"
Jasmine ketawa kecil " ehh, masaklah. Cuma tu lah... kadang-kadang adyan busy, lepas tu adik pun ikut sekali busy, so jadual kitaorang tak menentu. Jadi dapur ni pun macam jarang guna."
Tipu jasmine.
Bilanya si adyan tu busy memanjang..? Dia pilot. Kadang kerja dia paling lama pun tiga minggu sekali baru ada flight. Itu pun selalunya dia ada je bantu daddy dia uruskan syarikat. Macam malam semalam pun dia cakap jumpa klien.
Walhal setiap kali jasmine masakkan untuk dia, adyan tak pernah pun sentuh. Kadang-kadang dia nampak jasmine tengah masak, tapi adyan buat tak tahu saja, tanpa sedikit pun belas kasihan.
Ada masa jasmine dah siap masak dan pelawa makan sama-sama lagi, tapi adyan langsung buat tak endah. Sakitnya.
" lagipun adyan cakap papa nak datang. Jadi adik apa lagi, masaklah lebih untuk papa. Lagipun papa dah lama tak makan masakan adik, kan..?" ujar jasmine sambil tersenyum manis.
Iskandar tersenyum. Tiba-tiba adyan bersuara, masih minum air tanpa memandang jasmine, seolah-olah bercakap sambil lewa.
" untuk papa je ke sayang masakkan..? Untuk abang, tak..? Tapi kan, kalau mama ada... mesti lagi best, kan..?" adyan meletakkan gelas dan memandang jasmine dengan senyuman " dah lama rasanya kita tak jumpa mama, kan..?"
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomanceSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
