BAB 66

2.6K 62 1
                                        

Malam itu, suasana di lapangan terbang sibu agak sibuk walaupun sudah lewat malam. Pengumuman penerbangan kedengaran berselang-seli, sementara para penumpang berjalan keluar masuk dengan bagasi masing-masing.

Di satu sudut ruang menunggu, jasmine, julia dan kamelia sudah bersiap untuk berangkat ke brunei. Sepatutnya mereka bertolak keesokan hari, tetapi atas sebab tertentu mereka terpaksa mempercepatkan perjalanan malam itu juga. Adawiyah dan aidan turut datang menghantar mereka.

" jaga diri," pesan jasmine lembut. " kalau free, datanglah brunei. Kitaorang sentiasa ada. Pintu rumah sentiasa terbuka untuk mummy dengan aidan."

Aidan dan adawiyah saling berpandangan sebelum tersenyum.

" betul tu, aunty," kata julia pula " kalau aunty dengan aidan free, datanglah."

" InshaAllah," balas adawiyah sambil ketawa kecil " kalau aidan okey, mummy on je. Tapi kalau mummy dah rindu sangat nanti, mummy ajak je aidan. Paksa dia sekali."

Aidan terus mengerutkan muka " hamboi mummy... kenakan aidan nampak..?"

Adawiyah ketawa kecil " alaa... takkan macam tu pun nak koyak..? Hati tisu betul."

Aidan hanya menggeleng kepala dengan perangai ibunya itu sebelum memandang julia dan kamelia " kalau korang perlukan apa-apa dekat sana, call je saya. Saya cuba bantu. Saya pun ramai kenalan dekat sana, mana tahu sedikit sebanyak boleh bantu..? Then.. kalau ada penjahat ke apa, terus call polis atau jerit."

Julia tersenyum santai " InshaAllah semua okey je. Selagi kitaorang ada puan jasmine, kitaorang baik-baik sahaja."

Kamelia memandang jasmine sambil tersengih " betul... dia kan superheroin kitaorang..? Kalau ada orang kacau, dia ada. Dia boleh bagi buku lima dekat penjahat tu."

Jasmine terus menggeleng sinis " aku pula yang kena..?"

Aidan turut tersenyum sinis " awak jangan percaya sangat dengan fizikal si anissa ni." dia memandang jasmine dengan penuh makna " dia tu acah kuat je. Nak nampak macam superheroin yang awak cakap tu."

Semua terus ketawa. Jasmine hanya menggeleng sambil mencebik " hamboi... sedap ye semua kenakan aku..?"

" sorry lah puan jasmine," balas julia " dah terlanjur gelak, gelak je lah."

" hmm... yelah."

Aidan kemudian bersuara " tapi apa-apa pun, kalau ada apa-apa... call saya." kemudian matanya jatuh pada jasmine. Dia memandang wanita itu agak lama " hmm... anissa..?"

Jasmine mengangkat kening sedikit " yep.. ada apa..?"

" take care."

Jasmine tiba-tiba terkaku. Cara aidan memandangnya terasa lain. Julia, kamelia dan adawiyah hanya memerhati mereka berdua yang seketika saling bertentang mata.

Akhirnya jasmine mengangguk dengan senyuman kecil " awak juga."

Tiba-tiba julia menyampuk dengan nada mengusik " uuuuu... udah-udahlah tu. Nak bercinta pun tak payah lah eh. Ingat dia tu adik ipar kau, puan jasmine. Jaga sikit mata tu."

Jasmine terus mencubit lengan julia. Geram.!

" ADUHH..!"

" rasain loo..!"

Julia terus membuat muka memimikan kesakitan. Tiba-tiba pengumuman kedengaran di seluruh ruang menunggu.

" selamat malam. Boarding untuk AirAsia MYAirline dengan nombor penerbangan 56K76 tujuan brunei akan segera dimulai..."

Adawiyah terus memandang mereka bertiga " tu dah dipanggil tu. Cepatlah pergi. Nanti dah sampai call tau."

Mereka bertiga mengangguk. Selepas mengemas barang masing-masing, mereka segera bersiap untuk bergerak.

PENGORBANAN HATICerita yang buat anda obses. Terokai sekarang