Besoknya di pejabat, suasana tampak sibuk seperti biasa. Adyan dan adiel sedang khusyuk berbincang mengenai tugasan terbaru mereka, suara mereka perlahan tapi penuh fokus. Tiba-tiba, sebuah panggilan mengejut memecah kesunyian ruang itu.
" ADYAN..!"
Adyan menoleh, jantungnya berdegup laju. Kedua-dua mereka terpaku apabila aakif muncul di pintu, diikuti oleh seorang lelaki sasa yang menonjolkan aura kuat dan tegas.
" maaf, tengku... saya dah beritahu, tapi mereka... masih..." suara faridah terhenti seketika, jelas ada rasa frustasi.
" takpe. You keluar," arahnya kepada faridah, yang sedang membantu mereka sebelum ini. Tanpa banyak soal, faridah mengangguk dan meninggalkan bilik itu, membiarkan mereka bertiga dalam suasana yang tiba-tiba terasa tegang.
Aakif melangkah lebih dekat, matanya menatap adyan dengan serius, seolah menuntut jawapan. Lelaki sasa itu berdiri tegak di belakangnya, diam tapi memberi kehadiran yang mendesak.
" aku... aku dah tahu," ujar aakif, nada suaranya berat dengan kepastian.
Adyan terhenti, bibirnya sedikit terbuka " kejap, kejap... apa yang kau dah tahu..? Dan... siapa lelaki ni..?" tanya adyan, matanya mencari jawapan di wajah aakif.
Aakif menghela nafas pendek, menatap adyan tanpa melepaskan pandangan " aku dah tahu... mana min pergi..."
Tubuh adyan mendadak tegang. Hatinya berdegup kencang, dan seluruh dunia seakan berhenti seketika " mana dia..?" suaranya keluar dalam bisikan yang penuh gentar.
" sarawak," jawab aakif, ringkas tapi tegas.
" ha...aa..?!" adyan tergamam, seluruh tubuhnya seakan lumpuh seketika.
Sunyi seketika, hanya detik jam pejabat yang berdengung di telinga mereka. Terkejut dan tidak percaya, adyan menatap aakif dan lelaki sasa itu, mindanya berpusing, cuba mencerna berita yang baru saja diterimanya.
Segala rancangan, segala teka-teki, semuanya tiba-tiba mendapat titik mula baru dan adyan tahu, ia hanya akan menjadi permulaan bagi sesuatu yang lebih besar...
————————-
Di rumah sewa yang sederhana itu, jasmine sedang sibuk memasak untuk makan tengah hari. Aroma masakan memenuhi ruang dapur, membuatkan hatinya sedikit tenang. Tiba-tiba, suara ceria menyerbu ke telinganya.
" uyoooo, semalam aku lupa nak perli kau. Kemain yer dengan aidan semalam... korang ada apa-apa ke..?" julia menampakkan senyum nakal, jelas sengaja mahu mengusik jasmine.
Jasmine mengaul masakan di dalam kuali sambil memandang mereka dengan raut wajah pelik " ada apa-apa..? Merepeklah korang ni. Lagipun mana korang tahu ni yang aku pergi jumpa dia...?"
" ehh, kau tanya kitaorang balik pulak..?" kamelia tersenyum misteri " sepatutnya kitaorang yang patut tanya... dari mana kau kenal aidan tu..?"
Jasmine menghela nafas panjang, cuba menenangkan diri " aku tak kenal dia pun. Cuma masa aku on the way dari sini, terserempak dengan dia dekat lapangan terbang. Pastu barang yang aku kata hilang tu, sebenarnya ada pada dia. Jadi dia nak pulangkan balik lah."
Mereka sekadar mengangguk, tapi pandangan penuh selidik.
" ingat sikit, min. Kau tu dah kahwin, kang laki kau dapat tahu... mampus kau. Dia tahu tak kau dah kahwin..? Mestilah ya kan..?" kamelia menyoal sambil tersenyum sinis.
Jasmine menggeleng " dia tanya, tapi aku manipulate. Tak nak lah cerita. Ambil masa lah."
" hmm, suka hatilah," julia menyahut, masih dengan senyumannya yang nakal.
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomanceSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
