BAB 26

2K 51 4
                                        

" heemm... Jasmine Nur Anisaa..?"

Terpaku dua sahabat itu serentak memandang ke arah suara yang memanggil. Wajah mereka jelas terpana.

" fasya..?" naura tergamam " bila pulak kau balik dari Malaysia..?"

Jasmine hanya berdiri kaku. Pandangannya tak lepas daripada sosok di hadapan mereka. Fasya menjungkit senyum sinis, matanya tajam memerhati mereka berdua.

" lah, dia tak bagitahu kau ke yang aku dah balik..?" soal fasya sambil menuding jari ke arah jasmine. Senyuman sinis itu sengaja dipamerkan.

" kau ni, dik..." fasya beralih kepada jasmine, nada suaranya dibuat-buat manja " kenapa kau tak bagitahu kawan baik kau ni yang kakak kau dah balik..? Hmm..? At least kalau kau bagitahu dia, dapatlah aku merasa perempuan ni.." sambil sekilas memandang naura dengan jelingan, begitu juga dengan naura.

" ....bentangkan karpet merah untuk aku, kan..?"

Menyampah.

Naura terus berpaling ke arah jasmine, wajahnya serius " apa pasal kau tak bagitahu aku yang perempuan gonjol ni dah balik..?"

Jasmine terbatuk kecil, cuba tahan senyum. Terkejut fasya bila dengar gelaran itu. Wajahnya berubah serta-merta.

" ehh perempuan gonjol kau panggil aku..?" bentaknya. " kurang ajar mulut kau eaa..? Mana hormat kau pada aku, hahh..?! Sedar sikit aku ni lebih tua daripada kau."

Naura menyengih sinis. Dia melangkah setapak ke depan " cehh, hormat..?" naura ketawa kecil tanpa humor " sejak bila kau tahu erti hormat orang..? Sanggup khianat adik sendiri. Apa jenis kakak kau ni haa..? Dengan adik sendiri pun sanggup kianat..?"

Naura menjeling tajam " ohh yelah... aku lupa. Kakak olok-olok je, kan..? Lainlah kalau kakak betul. So, takdelah orang pening perangai kau ni turun daripada siapa, kan..?"

Fasya mengetap bibir, jelas menahan marah " jasmine.! Kau tengok kawan kau ni..! Biadap betul. Ikut perangai kaulah ni..!"

Naura hanya geleng kepala, senyum sinis. Dalam hati, tangannya sudah gatal mahu menarik rambut perempuan itu. Tiba-tiba jasmine bersuara, nadanya tenang tapi tegas.

" kau nak apa datang kedai aku ni..?" soal jasmine sambil memandang tepat ke wajah fasya " dengan takde ribut, tak ada petir. Kenapa tiba-tiba jejak kaki dekat sini..?"

Fasya ketawa kecil, sinis " ohhh, ada suara rupanya. Ingatkan dah bisu dah."

" kau jawab soalan aku," tegas jasmine, tanpa senyum.

Fasya menghela nafas kecil sebelum tersenyum nipis " kau ikut aku sekejap."

Tanpa menunggu jawapan, fasya terus berpaling dan melangkah pergi. Jasmine dan naura saling berpandangan. Perasaan tak sedap mula menyelinap.

___________________

Sementara itu, di sebuah kafe yang sunyi, kelihatan mereka berdua duduk bertentangan. Pandangan mata bertemu, masing-masing serius dengan tiada senyum, tiada basa-basi.

" aku malas nak buang masa," jasmine bersuara tenang tapi dingin " aku ada banyak benda nak kena buat. Kau cakap je.. apa hal kau nak jumpa aku ni..?"

PENGORBANAN HATICerita yang buat anda obses. Terokai sekarang