" KAU CAKAP DENGAN AKU, AIDAN..! MANA KAU SOROK BINI AKU..?!!" adyan menjerit, matanya merah dan berair. Suaranya tersekat-sekat, penuh harapan dan sakit hati.
" tengku...?"
Aidan mengeluh, menundukkan wajah sebentar " takpe, awak keluar dulu, biar saya settlekan diaorang ni."
Perempuan yang ada di pejabat itu menurut, perlahan-lahan melangkah keluar. Aidan bangun dan melangkah ke hadapan, berdiri menghadap adyan dan dua rakannya.
" kau cakap je, aidan. Mana kau sorok jasmine..? Jangan diam, kau kenal abang kau macamamna kan..?" aakif pula bersuara, menuntut jawapan.
Aidan menyandar, tangan dimasukkan ke dalam poket seluarnya, senyum sinis terukir di bibirnya " aku kenal abang aku..? Aku kenal, tapi bukan abang yang bodoh macam dia. Lagi satu, untuk apa aku bagitahu kemana dia pergi..?"
Aidan menatap adyan dengan mata membara " kenapa kau nak cari dia lagi..? Bukan ke kau dah bahagia dekat sana dengan wanita atau lebih tepat cinta pertama kau..? Untuk apa kau cari dia lagi..? Sedangkan kau dah dapat apa yang kau nak..?"
Air mata mengalir deras di pipi adyan. Suara dan hatinya penuh kesakitan " dia... isteri aku, aidan..." bisiknya tersekat.
Aidan memandang tajam, nada sinis menyelinap di suaranya " isteri..? Anissa tu kau masih anggap dia isteri..? Lepas apa kau dah buat dekat hati dan perasaan dia, kau masih gelar dia tu isteri kau..?"
Adyan tak peduli. Dengan marah, dia meluru ke depan dan menahan kolar baju aidan. Matanya menatap tajam, penuh emosi.
" kenapa..? Kau tak terima aku cakap macam ni..? Sebab itu adalah kenyataan yang betul kan..? Tapi kau jer yang tak terima kenyataan tu.!!" aidan tetap sinis.
Aakif dan adiel segera mendekat, menahan adyan dan menarik tangannya supaya melepaskan aidan.
" adyan... adik kau ni, kawal emosi kau." adiel berbicara perlahan untuk menenangkan situasi.
Adyan mengelus nafas panjang, melepaskan genggaman tangannya.
" soalan aku, kau tak jawab lagi. Kenapa kau nak cari dia lagi, adyan..? Untuk apa kau masih nak cari dia..?"
" dia..." adyan tersedak, suaranya serak.
" jangan..! Aku tak nak reason tu. Aku rasa sekarang ni reason yang kau bagi dekat aku ni reason yang bodoh, kau tahu tak..?!" aidan menjerit, wajahnya tegang.
Adyan menunduk, menahan amarahnya, namun suaranya tetap tegas " dah tu kau nak aku jawab apa..? Dia tetap isteri aku, aidan. Selama-lamanya dia tetap isteri aku..! Kalau kau ada cuba nak rampas dia daripada aku, langkah mayat aku dulu..!"
Aidan tergelak sinis " langkah mayat kau..? Okey, boleh. Matilah cepat. Aku pun tak sabar nak langkah mayat lelaki bodoh macam kau nilah."
" dah cukup, aidan..." adiel cuba campur tangan, menenangkan keadaan.
" nope, diel..! Aku ni tak nak ada abang bodoh macam dialah.!!" adyan menunding jari ke arah abangnya, marah dan kecewa.
Adyan menunduk, menahan emosi. Aidan dan adyan sama-sama mengeluh, hati masing-masing bergegar.
" aku tak faham, sebenarnya apa lagi yang tak cukup dengan kehidupan kau ni, encik adyan..? Kau dah ada isteri yang cukup baik dan sempurna. Apa lagi yang kau tak cukup untuk terima cinta dia dengan seikhlasnya..?" air mata aidan kini menitis perlahan, penuh kesakitan dan kecewa.
Adyan menunduk, terhenti seketika.
" kau pikir kau tu layak ke dapatkan perempuan macam anissa tu, adyan..? Jauh langit dengan bumilah, adyan..! Kau sepatutnya beruntung dapat isteri macam dia, walaupun kau dah hancurkan hati dia dengan kau dah berzina dengan perempuan tu...?"
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomanceSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
