Sunyi. Hanya bunyi nafas perlahan jasmine yang sedang tidur menemani ruang kamar yang temaram. Adyan duduk di sisi katil, bahunya sedikit bergegar. Tangan jasmine yang digenggam erat langsung tak dilepaskannya, seolah-olah itulah satu-satunya hal yang mampu menahannya daripada terus rebah.
Air mata yang dari tadi ditahannya akhirnya mengalir juga. Entah bila, entah kenapa... hanya hatinya yang tahu betapa berat penyesalan itu menekan dada.
Jasmine tersedar perlahan. Kelopak matanya terangkat malas, namun tubuhnya terus kaku apabila mendapati adyan di sebelah dengan mata sembab dan tangannya masih erat menggenggam jemarinya.
Kenapa... macam ni.?
Adyan cepat-cepat melepaskan tangan jasmine, menyeka air matanya dengan kasar sebelum memaksa senyum yang langsung tak menjadi.
" kau nak bangun ke..? Atau kau nak benda lain..? Kalau kau nak apa-apa, cakap je dengan aku. Mana tahu aku boleh tolong ambilkan untuk kau..?" soal adyan, bertubi-tubi, gelabah tak tentu hala.
Jasmine ketawa kecil, sinis, sambil menggeleng perlahan " woo woo... tenanglah, adyan. Jangan gelabah macam ni. I cuma nak bangun je."
" ouhh okay... meh sini aku tolong kau bangun." adyan bangun tergesa, memapah jasmine duduk separa baring dengan cermat. Kemudian dia duduk pula di tepi katil, rapat... terlalu rapat, sampai jasmine sendiri tercengang.
" you okay ke ni adyan..? You ada masalah ke yang you nak cerita dengan I..?" tanya jasmine, sedikit serba salah. Dia tak tahu nak menyentuh isu atau tidak. Dia takut salah langkah, takut rosak mood mamat ni yang memang unpredictable.
Adyan memandang jasmine lama. Diam. Renungannya terlalu berat, sampai jasmine mula gelisah " kenapa...? Memangnya kau nampak aku macam tengah bermasalah ke..?" adyan akhirnya bersuara, suara serak.
Jasmine senyum nipis sambil menggeleng " tak. I tak cakap macam tu pun. I cuma pelik... kenapa dengan you hari ni..? Tiba-tiba nak buat baik dengan I..? Yelah, selama ni bukan you buat dekk je ke dengan I..? I cuma terkejut je. Jangan fikir bukan-bukan."
Renungan adyan makin dalam. Lama. Terlalu lama sampai jasmine rasa tak selesa. Kemudian adyan tunduk. Bahunya perlahan bergegar. Ego seorang tengku sepertinya ... pecah dalam sekelip mata.
" you okay ke, adyan..? You sure ke yang you okey sebenarnya..?" jasmine cepat memegang lengannya, risau. Dia bukan tak biasa adyan dingin, tapi menangis..? Menangis depan dia..?
Mustahil.
" aku ni terlalu jahat, kan min..?" suara adyan pecah. Dia angkat wajahnya. Terkejut. Mata adyan merah, sembab, basah.
" aku langsung tak ambik tahu pasal kau. Aku ni suami yang tak berguna. Yang aku tahu cuma sakitkan hati kau dan fitnah kau macam-macam. Bagi aku... kau perempuan yang jalang dan murah dimata aku..." suaranya tersedu-sedu, setiap patah kata seperti menghukum dirinya sendiri.
Jasmine terdiam. Kemudian ketawa sinis sebab tak tahu nak react macam mana " apa ni, adyan..? Jangan fikir bukan-bukan lah. You tak salah apa-apa pun. I ni je yang tak layak berdiri di sisi you. Lagipun I dah biasa dengan semua ni. Chill, okay..?"
Tanpa sedar, tangannya naik mengusap pipi adyan dengan perlahan, lembut. Naluri. Bukan niat. Tapi sebaik tersedar, jasmine cepat menarik tangan semula.
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomanceSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
