Second story✨
Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
Bunyi tangisan halus kedengaran dari dalam bilik tetamu itu. Suasana malam yang sunyi membuatkan esakan itu terasa lebih pilu.
Jasmine baring mengiring di atas katil, tangannya menutup wajah seolah-olah cuba menyembunyikan luka yang sedang merobek hatinya.
" iskkk... iskkk..."
Tangisannya tersekat-sekat. Dadanya terasa sesak. Hatinya sakit... terlalu sakit. Apa yang dilihatnya sebentar tadi masih bermain jelas di fikiran, seolah-olah enggan pergi.
Tiba-tiba, satu lengan melingkar perlahan di pinggangnya dari belakang. Sentuhan itu membuatkan jasmine tersentak kecil, tangisannya terhenti seketika.
" sayang..."
Suara itu perlahan, sarat dengan penyesalan. Jasmine tetap diam. Tiada lagi esakan, hanya nafasnya yang berat memenuhi ruang sunyi bilik itu.
Adyan mengeluh panjang. Dia tahu keadaan ini bukan mudah untuk dijelaskan, apatah lagi untuk membuat jasmine percaya semula.
" aku tahu... lepas apa yang kau nampak tadi, mesti kau dah tak percaya aku." suaranya serak. " tapi aku sumpah, sayang... aku tak buat apa-apa pun dengan dia."
Air mata jasmine kembali mengalir tanpa bunyi. Dia masih membisu, membiarkan adyan terus bersuara.
" aku yakin dia yang letak something dalam gelas tu... dia nak perangkap aku. Dia nak kau salah faham."
Tiada respons. Jasmine masih kaku dalam pelukan itu, seolah-olah hatinya masih bertarung antara percaya atau terus menjauh.
" aku cuma nak kepercayaan kau, sayang... itu je. Kepercayaan kau satu-satunya kekuatan aku sekarang ni.."
Suara adyan akhirnya pecah juga. Air matanya jatuh tanpa sempat ditahan. Dia memeluk jasmine lebih erat, seakan takut wanita itu akan pergi bila-bila masa.
Jasmine tetap diam. Namun dia juga tidak menolak pelukan itu. Perlahan, adyan mencium ubun-ubun rambut jasmine, penuh kasih dan harapan yang masih bersisa.
" sweet dream, sayang..."
Dalam diam, kedua-duanya akhirnya terlelap, masih dengan persoalan dan luka yang belum sembuh, namun tetap saling berpaut dalam mimpi yang sama.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Keesokan paginya, adyan tersedar dari tidur dengan kepala yang masih berat. Perlahan dia memusingkan badan ke belakang, tangannya meraba tilam di sebelah. Kosong.
Dahinya berkerut.
" sayang...?"
Tiada sahutan.
Matanya terus terbuka luas. Dia bangun sedikit, memandang betul-betul ke tempat jasmine tidur tadi malam. Memang kosong. Tiada langsung tanda isterinya masih di situ.
Adyan mengeluh panjang " aduhh... kau pergi mana, sayang..."
Hatinya mula serabut. Fikirannya terus melayang kepada kejadian malam tadi. Luka itu masih segar dan kini, kehilangan jasmine di sisi membuatkan semuanya terasa lebih menyesakkan.