Malam itu, jasmine berdiri seorang diri di halaman rumah, wajahnya menghadap langit gelap yang sunyi. Angin malam menyapa perlahan. Tiba-tiba, satu pelukan erat merangkul pinggangnya dari belakang.
Jasmine tergamam. Jantungnya hampir terhenti. Apa hal suaminya harini..? Overdose terlebih ke apa..?!
" ad..adyan apa yang you cuba buat ni...?" suara jasmine bergetar, cuba melepaskan diri.
Bukan dia tak suka. Cuma... dia pelik. Pelik dengan perubahan adyan sejak kebelakangan ini.
Adyan terus menghalang pergerakannya " tolong jangan gerak kemana-mana. Aku nak kau stay."
Nada tegas itu membuatkan jasmine terdiam. Adyan merendahkan kepala, meletakkannya di bahu jasmine " kenapa kau duduk luar malam-malam macam ni..? Kalau kau sakit lagi macam masatu, macam mana..?"
Jasmine tersenyum tipis " you... risaukan I ke, adyan..?"
Adyan terdiam seketika, kemudian mendengus nafas " aku.. aku tak boleh berjauhan dengan kau, min... Aku tak tahu kenapa, sakit sangat bila berjauhan dengan kau sekarang ni.. Rasanya macam ditusuk dengan pisau."
Jasmine mengerut dahi. Aikk... tetiba tukar topik pulak..? Sumpah, mamat ni tak betul lagaknya.
Dia tersenyum sinis lagi, tetap tenang " tapi.. lama kelamaan you memang dah kena biasakan diri untuk berjauhan dengan I, sebab I yakin hubungan kita ni tak akan kekal lama pun. I tahu you cakap macam ni sebab you sunyi. Tapi percayalah... kalau satu hari nanti fasya balik, you dah takkan kisah pun pasal I. Perasaan ni akan hilang macam tu je."
Adyan diam. Kali ini lebih lama. Jasmine tersenyum sayu. Air mata hampir tumpah, tapi dia tahan. Dia kena kuat.
" sebab apa I cakap macamtu.. sebab you masih cintakan dia, adyan.. You love her so much. I je yang musnahkan cerita manis korang. I minta maaf, adyan... Disebabkan I, you dengan kakak I sendiri terpaksa lalui hidup derita ni disebabkan I sendiri..."
Adyan mengeluh panjang, tunduk sejenak " tapi aku dah pun mula sayangkan kau..."
Jasmine tersenyum sinis " you cuma sayang I je, adyan. Bukan cinta. Sayang dan cinta tu, bagi I.. dia adalah dua benda yang berbeza."
Adyan mengangkat kepala, memandang wajah jasmine yang sedang termenung ke hadapan. Sayu " kalau you sayangkan I tapi perasaan cinta tu tak ada... itu bukan sayang yang sesungguhnya. Semua orang boleh mengaku yang dia sayangkan seseorang, tapi sama ke dengan lisan yang dia katakan dengan hati dia sendiri..?"
Damn!
Adyan melepaskan pelukan itu. Dia memberanikan diri bertentang mata, kedua-dua tangannya memegang bahu jasmine " cakap dengan aku, dengan cara macammana lagi aku perlu tunjuk dengan kau yang aku sayangkan kau..?" soalnya serius.
Jasmine tersenyum kecil " tak perlu buat semua tu, adyan.. No need. You tak perlu buktikan apa-apa pun. I tak layak dapat perkataan 'sayang' daripada you. I bukan perempuan yang you cinta sepenuh hati. Your truly love is fasya, adyan..."
Adyan terdiam.
" dia tunggu you adyan, same goes like you. You pun dah lama tunggu dia balik kesini semula. Jadi, you tak perlu pun buktikan apa-apa pada I, adyan.. yang patut you buktikan cinta you tu adalah untuk fasya, bukan I..."
Adyan mengeluh berat " kau pernah sayang aku..? Maksud aku... sebelum kita kahwin. Kalau perasaan tu ada.. kau pernah letak harapan yang tinggi pada aku untuk balas cinta kau..?"
Jasmine tersenyum sinis sambil menggeleng " perlu ke I jawab soalan you tu, adyan..?"
" perlu, memang perlu." tegas adyan.
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomanceSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
