BAB 14

2.3K 51 2
                                        

Di ruang tamu rumah besar milik Iskandar dan Sofea, Datin Sofea kelihatan santai bersandar di sofa empuk sambil matanya terpaku pada kaca televisyen. Tangannya mencapai alat kawalan jauh, menukar saluran tanpa benar-benar memberi perhatian.

Tiba-tiba

Kring... kring...

Telefon bimbitnya berdering. Datin Sofea tersenyum lebar sebaik sahaja melihat nama yang tertera di skrin. Tanpa berlengah, panggilan itu disambut.

" assalamualaikum, anak mama..!"

Nada suaranya ceria, penuh keterujaan. Siapa lagi kalau bukan anak kesayangannya iaitu fasya.

" anak mama sihat..? Macam mana dekat sana..? Semua okey ke..?" soal sofea bertalu-talu.

" waalaikumsalam, ma. Ye, semua okey je. Mama dengan papa pula macam mana..? Sihat tak..?" jawab fasya dari hujung talian.

" alhamdulillah... macam ni jelah. Bila fasya nak balik ni..? Lama betul duduk sana. Memang dah tak reti nak balik jenguk mama dengan papa ke..?"

Kedengaran tawa kecil fasya " hehehehe... bukan tak nak balik, ma. Cuma busy. Banyak sangat kerja dekat sini."

" kerja-kerja juga, mama ni bosan tahu tak..? Papa kerja, lepas tu kadang-kadang.. memanglah mama keluar minum santai  dengan geng mama tu... tapi mana sama borak dengan anak mama sendiri."

Nada fasya tiba-tiba berubah sinis " aikk... kenapa sorang jer..?"

" apa ada salah ke dengan kenyataan mama tu..? Betul apa. Fasya jelah anak mama. Mama mana ada anak lain."

Cehh.

" tapi jasmine tu bukan anak mama juga ke..?"sindir fasya perlahan.

Nada sofea erus berubah keras " sejak bila pula mama mengaku mama dah terima dia balik dalam keluarga kita..? Mama tak pernah ada anak yang buat kerja maksiat macam tu."

Kebencian jelas dalam suaranya, hingga sanggup menafikan darah daging sendiri.

" ohhh... macam tu," balas fasya, sinis dan dingin.

" ni fasya, sampai bila kamu nak duduk Singapura tu..? Kalau kamu balik sini, bolehlah mama harapkan kamu teruskan syarikat papa tu."

Sampai puas agaknya.

" fasya..? Fasya dengar tak mama cakap ni..? Kenapa diam jer ni..?" pelik sofea dengan tingkah anaknya yang diam tiba-tiba.

" haa... dengar, ma. Entahlah. Kerja dekat sini lagi best kot. Tengoklah dulu. Sampai satu masa nanti fasya mesti akan balik... dan masa tu, fasya akan ambil semuanya yang sepatutnya memang hak milik fasya daripada awal."

Sofea berkerut dahi, tidak faham maksud anaknya itu " apa maksud fasya..?"

" maksud fasya... segalanya. Segalanya yang sepatutnya memang hak milik fasya daripada awal lagi."

Senyap seketika.

" dahlah ma, fasya kena tutup dulu. Ada kerja. Assalamualaikum."

" waalaikumsalam..."

Panggilan terputus. Sofea meletakkan telefon di atas meja dengan wajah berfikir.

" dah habis ke you kumpul dosa dengan anak you tu..? Ke masih lagi tak cukup..?"

Suara itu datang dari arah tangga. Dato' Iskandar menuruni anak tangga satu persatu, wajahnya penuh sindiran.

" kita ni bila dah umur makin meningkat, buat-buatlah banyak bertaubat sikit. Mudah memaafkan orang ke apa. Ni tak... makin nak tambah dosa sendiri."

PENGORBANAN HATICerita yang buat anda obses. Terokai sekarang