Dua hari kemudian, suasana di kedai bunga kembali sibuk. Kotak-kotak stok baru memenuhi ruang belakang. Bau bunga segar memenuhi udara, sementara jasmine dan naura masing-masing tekun menyemak dan mengira barang yang baru sampai.
Naura menghela nafas panjang sambil menolak satu kotak ke tepi " jadi macammana tempoh hari kau tengok company tengku aidan tu..? Okay tak..?"
Jasmine tidak berhenti mengira, matanya fokus pada senarai di tangan " ermm... okay. Cuma tu lah, ada part yang kita kena ambil serius sikit."
Dia menanda sesuatu di kertas " aku ni sebenarnya takut nak ambil job ni... tapi sebab aidan tu adik ipar aku... hmmm... terpaksalah aku terima."
Naura menjeling sinis " yeke sebab aidan tu adik ipar kau...? Ke... kau anggap dia lebih daripada tu..?"
Tangan jasmine terus terhenti. Dia perlahan-lahan mengangkat muka, memandang naura dengan rasa menyampah yang jelas.
" kau ni kan... tak habis-habis fikir macam tu. Kau dengan adyan tu dah boleh jadi geng kot... ? Otak tu ada je nak salah faham dengan aku dan adik ipar aku sendiri."
Naura angkat bahu, masih dengan senyuman sinis " alaa, sorry lah wehh. Aku bukan apa... aku tengok kau layan aidan tu lain macam."
Dia mendekat sedikit, nada suaranya lebih perlahan tapi tajam " lepastu... cara tengku aidan tu pandang kau... langsung tak nampak macam kau tu kakak ipar dia. Kau faham tak maksud aku..?"
Jasmine mengeluh panjang " habistu kau nak aku layan dia macam mana..? Dah memang tu cara aku. Dahtu, aku ni kena jauhkan diri dari aidan ke semata-mata sebab semua benda ni..? Tak make sense lah naura, dia tetap adik ipar aku."
Naura mengangkat bahu lagi " ermm... suka hati kau lah, jasmine. Aku cuma cakap je." dia kemudian menyandar sedikit pada meja " ermm... ni cerita pasal adyan pulak. Suami kau tu."
Jasmine terus berhenti bergerak " kenapa dengan dia..?"
Naura memandangnya dengan senyuman sinis " kau tahu tak... dia dah balik semalam..?"
Jasmine terdiam. Jantungnya seolah-olah terhenti seketika. Dah balik..? Kenapa dia tak tahu...?
Naura mengangguk perlahan, seolah-olah sudah menjangka reaksi itu " aaa... kau diam. So memang tak tahulah ni..?"
Jasmine cepat-cepat menyambung kerja, cuba menutup perasaan yang mula berserabut " bukan apa... aku busy lah, naura. Dengan projek baru masuk lagi, so memang aku tak fikir lain selain kerja."
Dia cuba berlagak tenang " lagipun... dia bukan nak inform apa-apa dengan aku. Masa dia dekat sana pun... tak pernah call aku tanya khabar."
Naura mencebik " dia tunggu kau lah tu call dia. Nak manja-manja dengan bini. Bukan selalu."
Jasmine menjeling tajam " ehh, kejap. Macam mana kau boleh tahu dia dah balik..?"
Naura terus tersenyum bangga " aiyoo... aakif tu siapa..? Suami aku kan..? Mestilah suami aku yang bagitahu."
Jasmine hanya mampu mengangguk perlahan " oooo..."
Namun kali ini, suaranya kosong. Tangannya masih bergerak menyusun stok, tapi fikirannya sudah jauh melayang. Tentang adyan. Yang sudah pulang... tapi langsung tidak mencarinya.
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomanceSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
