Second story✨
Tengku Adyan Hayder seorang yang bekerjaya, memiliki segalanya malangnya dia gagal dalam percintaan. Ditinggal dirinya oleh seorang perempuan demi membalas dendam kepada seorang.
Jasmine Nur Anissa seorang yang juga memiliki segalanya...
" okey. Kakak pun dah layan adik macam dulu balik. Akhirnya, kerinduan tu dah terubat ma." Sayu sahaja senyuman itu
" kakak tu berubah ada sebab adik."
" tahu, sebab apa yang dia nak telah pun tercapai. Dia tanya adik tadi. Berkali kali dia tanya. Betul ke adik akan berpisah dengan adyan."
" and then?"
" adik kata betul. Adik akan tinggalkan adyan." Senyum sedih min memberitahu hal itu
Sofea mengeluh " sedih adyan dengar benda ni adik."
Min senyum sinis " buat apa dia nak sedih ma. Kalau kami berpisah pun, dia tetap akan gembira sebab tak lama tu dia dengan fasya pasti akan berkahwin. Bukankan itu keinginan mereka dari awal lagi?"
" mama tahu. Tapi min sedar tak perbuatan min ni? Bukan cara macamni boleh selesaikan masalah, adik."
Sofea menyedarkan anaknya itu!
" min tahu ma. Min berdosa dengan adyan. Berdosa seorang isteri meminta cerai dari suami. Tapi adik takde pilihan untuk buat family kita baik macam dulu."
Sofea tunduk serba salah " semua ni salah mama kan adik?"
Min pandang mamanya serba salah
" kalau mama tak pandai pandai komplot dengan fasya supaya jodohkan adik dengan adyan semua ni pasti tidak akan macamni."
Serba salah sofea dibuatnya. Ye semua ini salah sofea sendiri!
Min senyum " mama tak salah tau tapi sebaliknya adik nak ucap terima kasih banyak banyak dekat mama dengan kakak. Terima kasih sebab jodohkan adik dengan adyan. At least, adik pernah rasa bagaimana hidup serumah dengan adyan, kami pernah menjalin hubungan suami isteri dan adik dapat merasa adyan panggil adik dengan panggilan sayang."
Pandang sahaja sofea pada anaknya. Sungguh murni hatinya
" walaupun hanya waktu yang singkat, adik bersyukur ma. Bersyukur sangat. Bersyukur kerana pernah memilikinya."
Mereka saling pandang dan senyum.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
2 hari kemudian, masa yang ditunggu. Di pulau tuba, langkawi. Min yang sedang duduk dikerusi pondok itu keseorangan melihat keindahan pulau tetiba disapa fasya.