Selepas selesai berbual dengan muzaffar, adyan terus membuat keputusan untuk masuk ke bilik. Hatinya tak tenang sejak tadi. Ada sesuatu tentang jasmine yang buat dia resah, dan dia tahu isterinya itu juga belum tidur.
Daun pintu ditolak perlahan.
Seperti yang dijangka, jasmine sudah baring mengiring menghadap lampu tidur. Sunyi. Tenang. Tapi adyan kenal sangat isterinya, perempuan itu cuma pura-pura lena.
Dia melangkah mendekat, lalu duduk separuh di tepi katil " sayang...?"
Tiada jawapan.
" aku tahu kau belum tidur. Bangunlah. Aku tak boleh tidur ni. Teman aku borak sekejap."
Masih diam.
Adyan menghela nafas panjang. Kemudian nadanya berubah sedikit tegas " kau bangun sekarang... sebelum aku cium bibir kau."
Spontan jasmine terus bangun, separuh duduk seperti adyan. Wajahnya jelas terkejut.
Adyan tersenyum sinis " tahu pun bangun. Baru nak cium betul-betul tadi."
Jasmine menjeling tajam " gatal punya perangai. Kacau orang nak lelap je."
" tak payah tipu akulah. Kau tidur...? Menipu, dari tadi kau tak boleh tidur kan..? Kenapa kau nak acah-acah tidur..? Takut nak bersemuka dengan aku..?"
Jasmine ketawa kecil, sinis " takut..? Takut bersemuka dengan awak..? Dah kenapa..? Memang taklah."
" tipulah."
" iyelah.!"
" tipu."
" iye.!" balas jasmine, tak puas hati.
Mereka saling berpandangan. Lama. Terlalu lama. Ada sesuatu dalam pandangan adyan malam itu, ianya bukan gurauan biasa. Serius. Mendalam. Jasmine cepat-cepat mengalihkan mata. Jantungnya tiba-tiba berdegup laju.
Adyan perasan " asal kau curi-curi dengar tadi..?"
Jasmine berkerut " haa..? Curi-curi dengar apa..? Stop talking nonsense, adyan."
" buat-buat tak tahu pulak. Macamlah aku tak nampak tadi."
" memang tak tahu."
" tadi... dekat luar."
Jasmine terus tergamam. Rupanya dia nampak " awak nampak ke..?"
" aku nampak. Kenapa lari..?"
Jasmine terdiam seketika sebelum menjawab ringan " takde apa. Ada kerja. Tadi ingat nak ambil angin... nampak awak rancak sangat borak dengan daddy, saya masuk baliklah."
Adyan mengangguk perlahan " so... kau tak dengar apa-apalah..?"
Jasmine cepat-cepat geleng " tak ada."
Namun matanya langsung tak berani bertentang.
Adyan tersenyum nipis " liar."
" apa dia..?!" jasmine terus pandang tak puas hati.
" nothing."
Jasmine mencebik " helehh... lagipun awak borak apa je dengan daddy sampai sibuk tanya saya dengar ke tak..? Awak mengumpat saya eaa..?"
Adyan sekadar tersenyum " tak ada apa."
Jasmine pura-pura merajuk " yelah tu, awak kutuk saya depan daddy awak, kan..? Awak canang keburukan saya ni.. depan daddy awak. Sampai hati."
Adyan ketawa kecil " haah. Aku kutuk."
Jasmine mendengus " dah agak dah."
" takdelah... aku cakap aku cinta gila dengan isteri aku ni." sempat dia mencuit dagu jasmine, namun jasmine cepat mengelak, menjeling tajam " tapi tulah... dia pilih juga nak pergi. Padan muka dia. Siapa suruh degil sangat."
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomanceSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
