BAB 82 | Last Chapter

7.6K 112 17
                                        

Malam itu, jasmine pulang ke rumahnya. Begitu sahaja dia melangkah masuk, suasana di dalam rumah sunyi dan gelap. Lampu-lampu tidak menyala, hanya gelap gemerlapan yang membuatkan hatinya sedikit was-was.

" ehhh... apa pasal gelap semacam ni..? Mana pulak adyan pergi..?" bisiknya sendiri, matanya meneliti sekeliling.

Dia melangkah ke arah suis lampu, dan sebaik sahaja menekan suis... lampu menyala, menyingkap kejutan yang menanti.

" one, two, and three..."

Jasmine ternganga. Apa yang dilakukan suaminya kali ini..? Dengan pakaian sebegini, buat kali kedua pula..! Tapi, tak semena-mena, rasa lucu memenuhi dadanya. Dia gelak sendiri.

" IF YOU EVER BROKE UP, I'D NEVER BE SAD..." suara suaminya, adyan, kedengaran sambil menari gaya TikTok yang terlalu comel untuk diabaikan.

" THINKING ABOUT EVERYTHING WE HAVE HAD IF WE EVER BROKE UP..."

Jasmine tidak dapat menahan gelaknya lagi " apa benda yang awak buat ni, adyan..?!" katanya sambil ketawa.

" IF WE EVER BROKE UP, I'D CALL YOUR DAD AND TELL HER ALL THE SHITTIEST THING YOU'VE SAID IF WE EVER BROKE UP..."

Jasmine gelak puas, dan adyan akhirnya memberhentikan tarian. Dia mendekati isterinya dan memandang dengan jeling yang nakal.

" heee, suka betul kau, yer..? Suka tengok aku macam jadi orang tak betul..?"

Jasmine masih tergelak " apa pulak jadi orang tak betul..? Jadi, kali awak ambil masa berapa jam untuk belajar..? Ehh... enam tahun lebih lah kan..? Wuishh, lama-lama."

" negeheheheh... kau errkkk, aku ni hilangkan macho aku ni untuk kau tau. Erm... appreciate sikit please...?"

Jasmine berhenti gelak sebentar, senyum manis, dan menyentuh rambut suaminya " iyee, saya hargai apa yang awak buat untuk saya aidan. Lagipun, saya tak sempat cakap apa-apa lagi.  Awak dah emosi dulu."

" ngehhh," balas adyan.

" terima kasih, suamiku, sebab buat benda macam ni untuk gembirakan hati saya, walaupun ia ambil masa panjang untuk awak menari perfect macam ni, tapi saya suka. Enam tahun kot, takkan masih terkebil-kebil..?!" kata jasmine sambil gelak lagi, tak puas hati.

Adyan menjeling tajam " ishh, kau ni."

" alollo, jangan marah..., saya gurau jer." balas jasmine sambil terus tersenyum nakal.

Adyan cuma menjeling. Jasmine menunduk, tiba-tiba terpikir satu idea. Dia mendekati adyan, dan adyan yang sedang merajuk menatapnya pelik.

" apa pasal kau pandang aku macamtu..? Nak pinjam seratus..?" soal Adyan.

Tiba-tiba...

Cup!

Jasmine mencium sekilas bibir suaminya. Dia hampir berlari menjauh kerana malu, walaupun idea itu datang daripada dirinya sendiri.

" ermmm... saya nak masuk bilik. Awak nak merajuk, sukahati awak lah, malas saya layan." katanya sambil berlari.

Namun, tangan adyan cepat menangkapnya, dan mereka berdiri begitu rapat, hampir tiada jarak antara mereka.

" adyan...," bisik Jasmine.

Adyan memandangnya dengan senyuman penuh kelainan " apa yang kau buat tadi..? Cuba nak goda aku..?"

" goda..? Saya..? Saya nak goda awak..? No..! Tolong jan..."

Cup!

Bibir mereka bersatu lagi. Jasmine diam seribu bahasa, namun hatinya terasa selesa dengan sentuhan adyan. Mereka pejamkan mata, hanyut dalam detik itu.

PENGORBANAN HATICerita yang buat anda obses. Terokai sekarang