Pagi itu, selepas selesai menunaikan solat subuh, mereka mengambil keputusan untuk kembali melelapkan mata. Keletihan malam tadi masih bersisa, membuatkan tubuh masing-masing tidak mampu bertahan lebih lama.
Suasana kembali sunyi. Sekitar pukul lapan pagi, adyan terjaga terlebih dahulu. Dia bangun perlahan, tidak mahu mengganggu jasmine yang masih lena di atas katil. Tanpa banyak bunyi, dia melangkah keluar menuju ke balkoni.
Angin pagi menyapa wajahnya lembut. Beberapa minit kemudian, jasmine pula terjaga. Dia mengerling ke sisi tapi kosong.
" adyan...?"
Tiada jawapan. Jasmine bangun, menuju ke bilik air. Selesai membersihkan diri, dia melangkah keluar... dan langkahnya terhenti apabila terdengar suara lelaki itu dari arah balkoni.
Dia ketawa. Gelak yang cukup mesra. Jasmine mengerutkan dahi. Perlahan-lahan dia mendekat, lalu bersembunyi di sebalik dinding, cuba mencuri dengar.
" amboi, kemain anak daddy ni... dah pandai merajuk dengan daddy, ya..?"
Jasmine membulatkan mata. Daddy..? Biar betul..? Dia tak salah dengar ke..?
" maaf tau sayang... daddy sibuk malam tadi. Daddy janji, daddy takkan buat lagi."
Degupan jantung jasmine mula laju. Anak..? Dia ada anak selama ni tanpa pengetahuan dirinya sendiri ke...? Dia menutup mulut, cuba mengawal suara sendiri.
" ya, daddy janji. Nanti daddy bawak dia jumpa dengan faiqihah, okay..?"
Jasmine mengeluh perlahan. Wajahnya berubah. Anak fasya... rupanya. Suara kecil seorang kanak-kanak kedengaran dari hujung talian, membuatkan adyan tersenyum lebar.
" faiqihah, boleh bagi ibu kejap telefon tu..? Daddy nak cakap dengan ibu sekejap."
" baik, daddy..!"
Nada comel itu membuatkan hati adyan terasa hangat.
" hello, adyan..?"
Suara itu. Fasya.
" haa, hello. Sorry lah malam tadi I tak sempat jawab call you. Ada benda I kena settle. That why, pagi ni baru ada masa nak call balik."
Fasya ketawa kecil " ehh, you jangan risaulah. Takde ada apalah. Faiqihah ni je yang lebih-lebih. Rindu daddy lah, apalah."
Adyan turut ketawa, santai " dia perlukan kasih sayang seorang ayah tu. You tu... kahwinlah."
Ada jeda seketika.
" ada lagi ke lelaki yang boleh terima I..? Takde siapa yang nak perempuan macam I ni, adyan. Kalau ada pun... I tak kisah, asalkan dia ikhlas nak terima I dan faiqihah, itu dah terlalu cukup untuk I."
Adyan mengangguk walaupun wanita itu tidak melihatnya " trust me, masih ada. Cuma you kena cari. Kalau cari, mesti ada."
" alahh, you ni..."
" okaylah, I kena pergi. Ada benda nak kena buat."
" okay. See you."
" see you..."
Panggilan ditamatkan. Adyan menghela nafas pendek sebelum melangkah masuk ke dalam bilik. Namun langkahnya terhenti.
Matanya menangkap susuk jasmine yang sedang berdiri jelas sekali dia telah mendengar segalanya. Senyuman sinis terukir di bibir lelaki itu.
" yang kau ni dah kenapa tercegat dekat sini..?"
Jasmine cepat-cepat menggeleng " tak ada apa-apa."
" tak payah tipu." suara adyan sedikit keras " kau dengar semua, kan.? Perbualan antara aku dengan dia..?"
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomanceSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
