BAB 77

2.8K 66 8
                                        

Seusai sahaja makan, jasmine pun ambil ruang untuk merenung tingkap. Tetiba sahaja, pinggang dipeluk seseorang dari belakang. Siapa lagi kalau bukan suaminya sendiri?

Jasmine mengeluh " kenapa bangun? Awak tu bukan sihat mana pun."

Adyan meletakkan kepalanya dibahu jasmine.

" aku rindu kau..."

Jasmine hanya diam.

" aku minta maaf sebab menghilang dua hari ini. Aku nak bagitahu kau yang aku ada flight ke sabah tapi ketika itu aku tahu kau masih marah pada aku. Jadi, aku cuma nak bagi ruang pada kau."

Jasmine sengih " takpelah adyan, semua ni salah saya."

Adyan cepat cepat geleng bila dengar pengakuan jasmine seperti itu " tak, bukan salah kau. Salah aku. Aku tak sepatutnya tuduh kau dengan aidan ada hubungan sulit dekat belakang aku dan tentang aku berkasar dengan kau... aku minta maaf sayang. Sumpah demi allah ketika itu aku betul betul tak sedar."

Jasmine mengeluh. Tubuh jasmine dipusingkan oleh adyan untuk menatapnya. Mereka saling menatap.

" maafkan aku?"

Jasmine hanya diam membeku. Merenung sahaja wajah suaminya

Flashback

Kamelia mengeluh " kau fikir eaaa, kau ingat tengku tu nak ke lepaskan kau? Kalau dia nak lepaskan kau, dia tak perlu tunggu tau enam tahun ni untuk lepaskan kau."

End flashback

Jasmine mengeluh dan mereka masih menatap antara satu sama lain.

Flashback

" aku tahu kau tengah marah dengan dia sekarang ni tapi please turunkan sikit kemarahan dan ego kau tu."

End flashback

" sayang....?"

Jasmine mengeluh " kenapa awak tunggu saya selama ni adyan?"

Adyan diam

" enam tahun adyan. Itu bukanlah waktu yang singkat. Kenapa enam tahun ni awak tak berkahwin sahaja dengan..."

Tak habis lagi jasmine bercakap terus adyan memeluknya. Air mata jasmine mulai membasahi muka.

" jawapannya hanya ini sahaja sayang, sebab aku nak hanya kau seorang jer jadi bidadari syurga aku. Aku tak nak orang lain."

Jasmine terdiam dengar pengakuan adyan. Pelukan dilepaskan dan mereka saling tatap. Adyan senyum dan lap air mata jasmine.

" tapi awak masih mencintai dia kan?"

Adyan sinis dan tangannya diletakkan dibahu jasmine " aku hanya sayang kau jer sayang. Takde orang lain selain kau dalam hati aku."

Jasmine diam

" tentang faiqihah pula, anak fasya yang mengelar aku daddy itu tidak membawa makna yang aku masih mencintai dia jasmine nur anissa."

" saya..."

" aku cuma nak kau. Aku tak nak orang lain. Berkali pun kau minta cerai dengan aku, keputusan aku tetap sama aku tetap nak hidup dengan kau."

Jasmine menunduk kepalanya.

" maafkan aku sayang..?"

" iskk iskkk"

Adyan dah tak keruan. Apahal bini dia ni! Aku buat drama sikit jer! Adyan mengangkat kepala jasmine untuk menatap dengannya.

" haih kenapa ni?"

PENGORBANAN HATITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang