BAB 12

2.6K 59 5
                                        

Malam itu, hujan turun tanpa amaran. Deras. Seolah-olah langit sengaja mahu menenggelamkan segala rasa yang dipendam. Di hadapan kedai kecil itu, jasmine berdiri sambil menunggu naura mengunci pintu.

Lampu-lampu kedai di sekitar sudah banyak yang dipadamkan, meninggalkan suasana suram yang hanya diterangi cahaya jalanan dan pantulan air hujan di atas tar.

Sebaik sahaja naura selesai, dia berpaling. Pandangan mereka bertaut, lalu senyuman kecil terukir di bibir masing-masing.

" dah siap..?" soal jasmine lembut.

Naura mengangguk sambil tersenyum, kemudian menghulurkan kunci kedai ke tangan jasmine " nah, ambik ni."

Jasmine menyambutnya dan terus menyimpan ke dalam beg. Ketika itulah, hujan turun semakin lebat, memukul bumi tanpa belas.

" hujan lebat ni.. kau balik naik apa...?" tanya naura sambil menjeling ke langit " grab ataupun adyan ambil kau..?"

Jasmine tersenyum sinis, lalu menggeleng " apa kebendanya adyan tu nak ambil aku. Mustahil lah. Kalau dia ambil, tak ke rahsia ni terbongkar macam tu je, betul tak..?"

Naura menyengih kecil " hehh, konon... Tapi tadi hampir nak terbongkar juga kan..?"

Jasmine ketawa kecil " itu nasib je, ra. Seram weh kalau betul-betul kantoi." nada suaranya tiba-tiba bertukar, berbahasa Indonesia, geleng kepalanya " uishh seram.. seram... serem banget dehh kalau ketahuan."

Naura mencebik " cehh, konon nak berindon-indon pula dengan aku. Menyampah."

Gelak tawa mereka bersatu seketika, sebelum naura tiba-tiba diam. Wajahnya berubah serius, matanya menatap jasmine penuh makna.

" tapi, kau percayalah cakap aku ni. Lambat-laun, apa yang kau sorokkan daripada adyan tu... akan terbongkar juga. Cuma tinggal masa je. Cepat atau lambat."

Jasmine tersenyum nipis dan mengangguk " ya, aku tahu. Tapi bukan sekarang. Rahsia ni... belum masanya untuk diceritakan."

Naura menghela nafas panjang. Penat dengan degil sahabatnya itu " so kau balik naik apa ni kalau tak nak tumpang aku..?"

" don't worry, aku dah order grab awal-awal tadi. Okey je. Lagipun aku tak nak kacau korang dalam kereta, cukuplah masatu aku jadi orang ketiga dekat belakang tengok korang berdua sweet-sweet. Heh, menyampah." jasmine menjeling, dengus nafas.

Naura sengih " selalunya kalau ada orang ketiga ni, orang panggil syaitan. Jadi.. kau syaitan...?"

Jasmin mengetuk lembut kepala naura " kau tu yang syaitan. Disyaitan kan aku pulak."

" ehh dia syaitankan kita balik pulak, takpe. Kita sama-sama syaitan." naura memutar bola mata, tatap jasmine semula " tapi serius, bahaya lah kau balik sorang-sorang malam macam ni. Batal jelah grab tu, naik dengan aku."

Jasmine menggeleng perlahan " aku okey, ra. Kau balik je dulu. Aku boleh urus diri aku sendiri."

Naura mengalah " haihsss, degil betullah kau ni. Yelah, kalau dah kau keras kepala tak nak juga. Apa aku boleh buat. Ni, apa-apa jadi, terus chat aku ataupun call. Faham..?"

" iyaaa, bukk," balas jasmine bersahaja.

Naura tersenyum, kemudian berlalu pergi, meninggalkan jasmine berdiri sendirian di bawah hujan yang semakin menggila.

PENGORBANAN HATICerita yang buat anda obses. Terokai sekarang