Selepas hampir tiga puluh minit bersiap dan mengatur langkah, mereka semua akhirnya bergegas menuju ke rumah iskandar dan sofea.
Suasana di sana sudah meriah dengan lampu hiasan berkelipan, suara saudara-mara bercampur tawa, dan aroma juadah memenuhi ruang. Kehadiran mereka disambut mesra oleh tuan rumah serta sanak saudara dari kedua-dua belah pihak.
Majlis merisik dan pertunangan itu berlangsung tenang, penuh adat dan senyuman. Namun di satu sudut, ada mata yang langsung tidak beralih.
Adyan.
Sejak tadi dia hanya memandang isterinya, jasmine. Tanpa jemu. Seolah-olah dunia lain tak lagi penting. Jasmine perasan juga, tapi dia cuba buat tak tahu.
" kalau semua sudah bersetuju," suara pak long tiba-tiba memecah suasana, " bolehlah kita panggil mempelai perempuan untuk sesi menyarungkan cincin."
Pak ngah di pihak perempuan tersenyum lalu mengangguk " baiklah." dia menoleh ke arah sofea, adiknya " pia, panggil fasya turun.. nak sarung cincin dah ni..."
Sofea membalas dengan anggukan kecil sebelum berlalu. Jasmine pula mula terasa gelisah. Inilah saatnya.. dia yang akan menyarungkan cincin itu nanti.
"Ya Allah... tabahkan hati aku..." bisiknya dalam hati.
Dari jauh, adyan memandang sinis. Kuatlah sangat, gumamnya perlahan.
Jasmine pula tenggelam dalam lamunannya sampai dia langsung tak sedar fasya sudah turun dan berdiri tidak jauh darinya.
" jasmine...?"
Panggilan pak long beberapa kali masih tidak bersahut. Lelaki itu akhirnya berpaling kepada adyan, seolah meminta bantuan. Adyan hanya mengangkat bahu, tanda dia sendiri tak pasti apa yang bermain di fikiran isterinya.
Dia bangun, mendekati jasmine, lalu menyentuh lembut bahu wanita itu " min, pak long panggil tu.. pergi sarung cincin."
Gerangan suara itu cukup membuat jasmine tersedar. Dia berpaling cepat " kenapa..?"
" pergi sarungkan cincin tu dekat fasya. Mengelamun jelah kau ni."
Jasmine blank beberapa kali sebelum senyum canggung " ohh... dah eh..?"
Cepat-cepat dia bangun, membetulkan sedikit pakaiannya sebelum melangkah ke pelamin. Setiap langkah terasa berat, tapi dia tetap teruskan.
Sampai di sisi fasya, dia duduk perlahan. Wajah kakaknya jelas berseri dengan mata bercahaya, senyuman tak lekang. Bahagia sungguh.
Jasmine memandang seketika. Betullah... kebahagiaan fasya kini adalah lelaki di sebelahnya. Dia tak pernah nampak kakaknya sebahagia ini sebelum ini.
Jasmine tersenyum lembut " tahniah, kak... akhirnya, kau berjaya dapat dia."
Fasya membalas senyum itu, matanya sedikit berkaca. Jasmine kemudian mengambil cincin daripada pengapit, menyentuh tangan kakaknya dengan hati-hati, lalu menyarungkan cincin tersebut ke jari manis fasya.
Tepukan kecil dan ucapan syukur mula kedengaran.
" alhamdulillah," ujar pak ngah penuh lega " selesai sudah sesi merisik.. sekali gus pertunangan mereka hari ini."
Tanpa disangka, fasya terus memeluk jasmine erat. Jasmine tergamam seketika, tapi akhirnya membalas pelukan itu. Para tetamu tersenyum melihat momen tersebut.
Kecuali adyan.
Wajahnya kekal mendatar sejak tadi.
" kak...?" bisik jasmine perlahan.
" terima kasih, adik..." suara fasya bergetar. Air mata mengalir, mungkin terlalu sebak dengan hari bahagianya.
Jasmine menghela nafas panjang, cuba menenangkan suasana. Dia kemudian menoleh mencari adyan.
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomanceSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
