Selepas adyan berjaya menenangkan isterinya, dia membawa jasmine ke ruang tamu. Langkah jasmine perlahan, tubuhnya masih menggigil halus. Di hadapan tingkap besar, jasmine duduk termenung, pandangannya kosong menembusi gelap malam di luar.
Lampu ruang tamu malap. Sunyi terlalu kuat
" kau tu dah tahu yang kau ada anxiety yang bila-bila masa jer boleh ada risiko yang tinggi dan boleh undang maut diri kau sendiri, kenapa masih nak layan client gila tu..?"
Adyan duduk dihadapan jasmine dengan tatapan tegas. Pandai jasmin manipulate, dia bagitahu dekat adyan yang mana panggilan tadi itu daripada pelanggan gila dia sendiri, padahal tu adalah panggilan daripada fasya.!
Jasmine tetap tenang dan senyum dengan mata yang sembab " manalah I tahu yang anxiety I tetiba datang... I ingat anxiety I tu dah hilang dah, tu sebab I buat tak kisah jer dengan benda macamtu."
Adyan menjeling, risau. Sangat risau " kau ni kan, dah tahu client tu suka kacau kau... kenapa kau masih lagi nak layan...? Ehh, jomlah. Kita report polis. Biar polis sendiri settle."
" tak payahlah sampai nak report polis, I tahulah customer I tu macammana. Kalau I report, lagi susah pula I nanti.."
Adyan mendengus nafas. Dia terlampai risau. Jasmine pandang luar tingkap, dengan tatapan sayu. Nadanya juga perlahan bila berbicara.
" adyan..?"
" emmm...?"
Jasmine senyum tawar, cuba kawal emosi " sakit kan...? Bila kita mencintai seseorang... yang kita sendiri dah tahu dari awal yang kita dengan dia tak akan pernah boleh bersama...?"
" kau cerita pasal siapa ni...?" risau adyan dibuatnya dengan perangai jasmine.
Jasmine ketawa kecil dan pandang adyan dengan senyuman " kawan I sendiri...?"
" kawan kau...? Maksud kau, aakif dengan naura ke..?" adyan cuba meneka siapa sahabat baik isterinya.
Jasmine ketawa " memangnya kawan I dekat dunia ni... aakif dengan naura jer ke..?"
" takdelah, itu jelah kot yang aku kenal. Ada orang lain yang aku tak kenal ke..?"
Jasmine senyum sinis dan pandang luar tingkap semula " tapi kita ni bodoh juga... masih nak mencintai dia. Mengarut betul."
Adyan senyum tipis " tak juga. Bagi aku, kadang Allah tu memang dah jodohkan dia dengan dia, tapi mungkin situasi yang dia alami tu tak seperti pasangan yang lain. Yelah, hubungan yang dimulai dengan cinta..?"
Jasmine pandang sahaja adyan dengan senyuman tanpa berkata apa-apa.
" Allah tu... akan berikan jodoh yang terbaik kepada kita berdasarkan sikap kita sendiri. Macam kau pernah dengar tak..? Jodoh adalah cerminan diri sendiri, kalau baik... maka baiklah jodoh dia."
Jasmine senyum dan anggukkan kepalanya " sama macam you dengan fasya, adyan.."
Riak wajah adyan berubah.
" cerita yang aku cakap ni takde kaitan dengan dia langsung pun. Janganlah setiap kali kita berborak benda macamni, kau akan kaitkan tentang dia."
Jasmine hanya diam senyum, tetap abaikan kenyataan adyan " macam you cakap dengan I tadi..? Jodoh adalah cerminan diri sendiri, dia macam... you baik. Dan fasya baik. Sesuai sangat. Tapi lainlah I ni adyan."
Adyan menatap jasmine dengan tatapan sayu.
Jasmine senyum sayu tanpa memandang adyan " anak derhaka dan tak lama nanti mungkin... I akan dapat gelaran isteri derhaka daripada you pulak..?"
Adyan diam.
" macam juga you cakap dengan I, mungkin dia dengan dia memang dari awal berjodoh. Tapi disebabkan sesuatu. Terus Allah tu nak turunkan ujian pada kita dahulu dengan kesakitan... baru lah dengan kebahagian."
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomanceSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
