Di rumah iskandar dan sofea, suasana makan malam sunyi sepi. Yang kedengaran hanya bunyi sudu dan garfu bersentuhan dengan pinggan. Tiada senyuman. Tiada bicara.
" you tak ada ke benda yang you nak cerita dengan I hari ni..?" sofea cuba memulakan bicara, matanya tepat memandang wajah suaminya.
Iskandar hanya terus mengunyah sebelum mengangkat bahu perlahan " tak ada apa yang I perlu ceritakan pada you, sofea..."
Sofea mengangguk kecil, cuba menahan rasa di dada " but... anything..? About office ke..? Benda yang boleh start kan perbualan..?"
Iskandar masih tidak memandangnya. Fokusnya kekal pada hidangan di hadapan " depan rezeki ni tak elok bercakap. Bukan macamtu jugak ke apa yang you tegur I sebelum ni..?"
Ayat itu sahaja sudah cukup membuatkan perasaan sofea membuak-buak. Sempat dia perli.
" jujur dengan I, iskandar. You masih marah pada I, kan..? Tu sebab you dingin dengan I macamni."
Iskandar tersenyum sinis. Kali ini dia mengangkat wajah, matanya serius menatap sofea " rasanya takde benda yang buat I marah pada you, sofea. Lagipun, you pernah ke dengar cakap suami you ni..? I rasa macam I ni tak berguna sebagai seorang suami. I gagal bina keluarga kita dengan baik."
Sofea mendengus nafas " you marah I ni mesti sebab perempuan tak guna tu, kan..? Kali ni apa pula yang dia hasut you..?"
Tanpa amaran, iskandar menghentak sudu dan garfu ke meja dengan kuat.
" yang you hina dan panggil perempuan tak guna tu... dia anak I, sofea..!" suara iskandar mengeras " I didik dia dari kecil. I bagi segalanya. I curahkan segalanya. I percaya anak I tak sekeji tu. Kalau you nak hina dia sekalipun, tolong... jangan hina dia depan mata I..!"
Amaran itu keras, namun sofea langsung tidak goyah.
" cakap dengan you pasal perempuan tu tak pernah sampai apa-apa point pun, iskandar. Malas I nak bertekak dengan you."
Sofea menjeling tajam. Penat.
" you ingat I nak sangat bertekak dengan you...?" iskandar membalas " I tahu you kecewa. Sangat kecewa. You kecewa dengan apa yang adik buat pada keluarga kita. Dia malukan you. Tapi I nak tanya you satu benda, sofea. You pernah ke nampak adik tu keluar dengan lelaki lain, berpelukan, bercium... dengan mata kepala you sendiri..?"
Sofea diam.
Iskandar tersenyum sinis " you diam. Maknanya I betullah, kan..? You tak pernah nampak semua tu pun, sofea."
Air mata sofea akhirnya tumpah, matanya penuh geram memandang suaminya " tapi.."
" satu lagi," iskandar memotong " walau sejahat mana pun adik tu, dia tetap anak kita. Anak yang keluar dari rahim you sendiri. You ingat benda ni sampai mati, sofea."
Iskandar bangun dan terus melangkah pergi. Kali ini dia tak mampu lagi berlembut.
" you tak pernah faham perasaan I sebagai seorang ibu, iskandar..."
Langkah iskandar terhenti.
" I ni ibu," sambung sofea dengan suara bergetar " you tahu macam mana perasaan seorang ibu bila tahu anak sendiri buat benda macam tu..? You tahu apa yang dia buat tu.. dosa, iskandar."
Iskandar mengeluh dan berpaling " I tahu. Tapi you percaya ke adik buat semua tu belakang kita..? You kenal anak you sendiri macam mana, kan sofea..?"
" hati manusia boleh berubah bila-bila masa, iskandar. Sama macam hati I... dan perangai dia." air mata sofea jatuh tanpa mampu ditahan.
Iskandar menarik nafas berat " I minta sangat pada you, sofea. Perlahan-lahan terima adik tu semula. Tak salah bila kita memaafkan, lagi-lagi anak sendiri."
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomanceSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
