Second story✨
Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
Deretan bangunan fakulti berdiri megah di bawah panas matahari tengah hari. Mahasiswa keluar masuk, sibuk dengan hidup masing-masing. Namun di salah satu sudut koridor, seorang gadis sedang berdiri bersandar pada dinding batu, wajah jelas menunjukkan satu perasaan..
Bengang.
Jasmine menjeling jam di pergelangan tangan. Lima belas minit. Lima belas minit dia tunggu... lelaki ni memang tak pernah on time.! Baru dia nak mengumpat lebih dalam, namanya dilaungkan dari jauh.
" min..!"
Jasmine berpaling. Keluhan kuat dilepaskan " haihhh... kau ni, lembab betullah, aakif. Kalau janji dengan kau, memang tak pernah on time."
Aakif berlari kecil menghampiri, sempat garu kepala sambil sengih menyesal " alaa sorrylah... tadi aku tunggu kawan aku."
" kawan..?" jasmine angkat kening, belum sempat habis merungut, aakif bergerak ke tepi sedikit membiarkan seseorang di belakangnya kelihatan dengan jelas.
Dan masa tu, jasmine kaku.
Seorang lelaki berdiri di belakang aakif. Tinggi. Kemas. Berkemeja putih sederhana tapi aura... terlalu kuat hingga menenggelamkan semua manusia lain di koridor itu. Paras wajah tajam, sepasang mata hitam yang tenang, dan renungan yang sedikit membuat jantung jasmine terskip.
" kenalkan, ni classmate aku," suara aakif menyentap lamunannya " Tengku Adyan Hayder. Dia nak join kita lunch. Kau okey tak..?"
Jasmine masih tak bernafas rasanya. Dia renung lelaki itu. Lelaki itu renung dia balik, sedikit berkerut seperti tak tahu apa masalah gadis di depannya.
Aakif terpaksa menepuk bahu jasmine " woiii..! Kau pehal mengelamun..? Berangan je lebih.!"
Jasmine tersentak, terus menjeling tajam " ishhh kau ni.! Aku penyek muka kau kang.! Menagis jugak kau dekat sini."
Aakif mencebik, bosan mendengar ugutan yang sama setiap hari " bla bla bla... so.? Boleh tak adyan join sekali ni..?"
Jasmine mengangkat bahu malas, tapi mata masih sempat mencuri pandang lelaki di belakang " boleh jelah... kau ni pun. Dahlah lambat."
Tanpa tunggu mereka, jasmine terus melangkah pergi, langkah laju dan penuh attitude seperti biasa.
Aakif memandang adyan, geleng kepala sambil ketawa kecil " dia tu memang macam tu. Nampak kasar, mulut laser... tapi hati dia baik. Kau jangan fikir buruk pasal dia pulak."
Adyan sekadar mengukir senyum nipis yanv sukar dibaca. Angguk sedikit sebelum melangkah pergi. Tapi sewaktu dia menoleh sekali lagi ke arah jasmine yang berjalan di hadapan... ada sesuatu pada gadis itu yang buat dia rasa tak mampu lepaskan pandangan dengan mudah.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Makanan yang sudah siap terhidang di atas meja mengepulkan aroma hangat di ruang makan itu. Jasmine meletakkan mangkuk lauk perlahan, sebelum duduk bertentangan dengan adyan. Pandangan lelaki itu... tajam, penuh tanda tanya, seolah menembusi wajahnya sendiri.