BAB 54

2.4K 68 5
                                        

" macam mana dengan keadaan isteri aku..?" soal adyan, suaranya penuh risau, matanya menatap tanpa berkedip.

Doktor hanya tersenyum, menenangkan " alhamdulillah... bersyukur dengan kuasa Allah kerana tiada apa-apa risiko pada puan jasmine. Kalau ikutkan, puan jasmine perlu mengikuti beberapa susulan rawatan, tetapi atas sebab air tak masuk terlalu dalam ke bahagian organ, semuanya baik-baik sahaja."

Adyan mengangguk, senyumnya perlahan terukir. Hatinya terasa lega, bahagia, seolah seluruh dunia kembali normal seketika. Isterinya... selamat. Tiada bahaya menimpa.

" buat masa ini, saya perlu tahan puan jasmine selama tiga atau empat hari untuk rawatan," doktor menambah.

Adyan mengangguk lagi, nada tenangnya penuh rasa syukur.

" kalau takde apa-apa, saya pamit dulu..?" tanya doktor, bersedia meninggalkan mereka.

" baik, terima kasih," jawab adyan ringkas.

Doktor itu melangkah pergi. Adyan menoleh sekejap ke arah kamelia dan julia. Dia tahu mereka masih terkejut dengan pengakuannya, namun bukan masa sekarang untuk menjelaskan. Fokusnya kini hanyalah isterinya.

" korang balik lah. Aku boleh jaga isteri aku. Aidan, kau bawak diaorang ni balik, tinggalkan je kereta jasmine dekat sini," arahnya tegas tetapi tenang.

Aidan masih membeku, matanya menatap abangnya dengan penuh campuran rasa pelik dan cemburu.

"  aku nak minta kunci kereta jasmine. Kau ikutlah aidan balik, dia akan hantar korang," adyan menambah, suaranya jelas menunjukkan dia serius.

Kamelia pantas menyerahkan kunci " kalau macam tu, tengku... kami tunggu luar ye..? Apa-apa pasal jasmine nanti update kami yer..?"

Adyan hanya mengangguk. Tanpa membuang masa, kamelia dan julia bergegas keluar, meninggalkan mereka berdua.

Aidan masih berdiri kaku, memandang abangnya yang baru saja memandang isterinya dengan penuh kasih.

" kau baliklah sana, aku boleh jaga isteri aku. Kau tak perlu risau, aku tahu macam mana nak jaga isteri aku sendiri," adyan berkata perlahan, tegas, matanya tidak lepas menatap jasmine melalui pintu kaca bilik wad.

Adyan berpaling untuk masuk sepenuhnya ke dalam bilik pesakit. Tiba-tiba, suara aidan memecah suasana " kenapa mesti dia..?"

Langkah adyan terhenti. Dia menoleh sedikit, wajahnya dingin " apa maksud kau dengan mesti dia..?"

" aku tanya, kenapa mesti anissa.?" aidan bertanya, nada sinisnya jelas.

Adyan mengeluh perlahan, matanya tajam menatap adiknya " aku tahu kau ada perasaan dekat isteri aku... so please, kau dah tahu sekarang kan yang jasmine tu adalah kakak ipar kau sendiri..? Jadi kau buang jelah perasaan tu jauh-jauh. Sebab apa..? Sebab aku tak akan sesekali lepaskan dia pergi pada lelaki lain... walaupun dia adik kandung aku sendiri."

Dengan itu, adyan menolak pintu bilik wad dan melangkah masuk, menutup diri dengan sepenuhnya pada dunia luar.

Aidan hanya tersenyum sinis, geleng kepala, dan berlalu dari situ, langkahnya berat tetapi penuh perasaan kecewa dan geram.

————————

Adyan melangkah masuk ke bilik wad, hatinya terus cemas melihat keadaan jasmine. Tubuh isterinya lemah di atas katil, wajahnya pucat, namun yang paling menakutkan... jasmine mengigau, memanggil-manggil seseorang dengan suara yang tersekat dan panik.

" SAYANG.!" adyan segera melangkah mendekat, memegang erat tangan jasmine, menenangkan hatinya " I'm here, sayang..."

Dia mencondongkan tubuh, mencium dahi jasmine dengan penuh kerinduan. Setiap detik yang berlalu terasa bagai jarak beribu batu yang kini akhirnya dipendekkan.

PENGORBANAN HATICerita yang buat anda obses. Terokai sekarang