Selepas sahaja kes pergaduhan itu, adyan mengambil kesempatan duduk di luar. Kakinya disilangkan, rokok dihisap perlahan. Asap dilepaskan ke udara malam yang sunyi.
Adyan mendengus nafas, kepalanya sumpah serabut memikir " apalah yang susah sangat nak bagitahu pasal perjanjian mengarut kau dengan dia tu..? Tak faham betul."
Bengang adyan dibuatnya. Hanya mintak kejujuran, apa susah ke permintaannya itu.
Kring kring
Adyan mengeluh, lebih kepada emosi. Masa hati dia tengah panaslah ada sahaja yang mengacau. Takde hari lain ke nak menggangu.
Adyan dengan pantas mengambil telefonnnya dan melihat gerangan yang memanggilnya. Reaksi adyan suram apabila panggilan itu daripada sahabatnya sendiri iaitu adiel.
Adyan membuang batang rokok itu sejauh mungkin sebelum menghabiskan asap yang terakhir.
" mamat ni kalau tak kacau aku satu hari.. boleh mati agaknya." selamba sahaja dia mengutuk kemudian dia menjawab panggilan itu dengan nada malas.
" hello tuan. Tuan adalah Encik Adyan ke..? Saya daripada pusat khidmat masyarakat..." dalam talian lelaki itu bernada serius, serak-serak suaranya.
Adyan pelik, terus dia melihat gerangan pemanggil sejenak. Dia menjeling, kemudian diletakkan semula telefon rapat dengannya.
" don't mess with me, Adiel. Aku malas nak layan."
Dia ingat, dia ada masa ke nak bermain. Dengan emosi macamni. Sumpah malas nak layan.
Adiel gelak besar, suka bena kenakan adyan " eleee nak gurau sikit pun tak boleh. Kau kenapa..? Mood tengah down ke..? Bini kau dari neraka tu buat apa lagi dekat kau sampai mood kau tengah tak baik ni..?"
Adyan berkerut dahi " what do you mean by 'a wife from hell'..?"
" aikkk, hilang ingatan sudah..? Kau sendiri yang cakap, and now you've forgotten.? Seriusly..?"
Adyan masih diam, keliru.
" sumpahlah kau tak ingat..? Hello, kau sendiri yang cakap dengan aku yang bini kau tu dari neraka. Bila kau takde jer, dia buat perangai dengan pergi kelab malam. Pakain tak semengah. Tak jaga air muka kau langsung. Dan sekarang, apa cer..?"
Adyan mengeluh " she's not like that, diel.."
" maksud kau..?"
" dia tak macamtu pun. Selama ni apa yang dia buat, pakain yang aku nampak depan mata aku sendiri.. itu bukan diri dia.. Dia buat semua tu sebab dia nak aku bencikan dia, diel.."
" sekarang ni... kau rasa macam dia tipu kau ke..?" adiel cuba membuat tekaan.
Adyan tundukkan kepalanya dan mengeluh " aku takdelah fikir macamtu.. aku cuma rasa serba salah dengan dia."
" faham.. and I think that feeling, it should exist in you right now. So... how are things between you and her now..?"
" dia dah mula jauhkan diri daripada aku. Daripada tadi, dalam bilik jer. Aku nak ketuk bilik dia tapi macam tak patut pulak. Tapi.. aku rasa better aku bagi dia masa."
" that's right, you should give her some time. Masa untuk dia berfikir. Takkan semudah tu dia nak terima lepas apa kau dah buat dekat dia selama ni."
Adyan hanya diam.
" kau dah hina dia kot, kau nak bayangkan yang dia akan maafkan kau macamtu jer..? Kau hina dia perempuan murah, jalang.. No woman would be unaffected by being called that.. especially when it comes from her own husband."
Adyan hanya diam mengeluh berat, serba salah. Itulah yang ada dalam dirinya sekarang ini.
Adiel sambung, nada sayu " jadi kau akan tetap lepaskan dia ke bila kau dah tahu semua benda ni..?"
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomanceSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
