BAB 58

1.7K 56 2
                                        

Malam pun sudah berlalu, mereka bertiga mengenakan pakaian masing masing. Kamelia memakai pakaian baju kurung modern tambahan bertudung dan julia bersama min memakai pakaian dress labuh.

Sesampai sahaja dirumah aidan, min terus pelik dengan suasana perumahan itu.

" ju? Betul ke rumah aidan dekat dekat sini?" Soal min sambil tanganya tak lengkang memegang stereng kereta

Julia yang disebelah angguk " betul lah ni, kalau ikut location yang kau send dekat aku tadi ini lah jalannya."

" kenapa min...?"

" takdelah, aku rasa macam aku kenal dengan persekitaran ni. I mean aku macam pernah pergilah. Tapi macam tak mungkin, aku mana pernah jejak rumah mak mertua aku."

" firasat kau jer kot." Julia tenangkan min

" mungkin ahhh."

Hampir lima minit memandu, akhirnya ia sampai jua kerumah aidan. Bukan rumah biasa yer, vila! Mereka bertiga turun daripada kereta. Min dah pelik dah. Lain tak bukan memang rumah aunty adawiyah!

" wehhh betul wehh..!" dengan yakinnya min mengatakan kepada mereka dua

Tetiba

" apanya anissa?"

Dengan secara tiba tiba aidan datang menyambut kitaorang bertiga. Mereka bertiga senyum memandang gerangan orang itu.

" hai tengku..." Sapa julia dan kamelia kepada tengku aidan

" jangan nak bertengku tengku sangatlah. Saya tak biasa. Panggil aidan jer."

Kamelia dan julia angguk senyum.

" sesat tak jumpa rumah ni?"

Min senyum geleng " tak. Sebab saya rasa, saya macam pernah datang kesini tapi saya tak pasti pula betul atau tidak."

Aidan geleng sinis " abang saya pernah ajak datang sini ke?"

" taklah." cepat cepat min mengeleng kepala.

" okeylah jom masuk, mummy masak banyak gila! Nak jemput menantu dan tetamu kan?"

" ishhh tak payah lah susah susah." Serba salah pula min

" saya tak tahu apa apa eaa, everything mummy yang buat. Jomlah. Borak dekat luar banyak nyamuk."

Perlawa aidan dan mereka berempat masuk bersama sama.

Perlawa aidan dan mereka berempat masuk bersama sama

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.













Sementara di kuala lumpur, dirumah adyan. Kelihatan adyan sedang duduk dikerusi kerjanya sambil menyiapkan semua kerjanya. Perbuatannya terhenti seketika dan arahnya memandang dengan frame kecil dimeja kerjanya.

Adyan ambil dan sinis. Gambar pernikahan adyan dan min membuatkan senyuman adyan tak berhenti untuk memberikan senyuman yang lebar.

" aku rindukan kau sayang, aku minta maaf. Aku janji, selepas semua ni selesai aku janji aku akan bawa dan pujuk kau balik kepangkuan aku semula.." air mata adyan terus mengalir

PENGORBANAN HATITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang