Selesai menziarahi pusara faiq, fasya pulang dengan hati yang semakin berat. Langkahnya longlai ketika memasuki perkarangan rumah. Rumah yang dulu terasa hangat... kini terasa asing.
Dia menapak naik tangga perlahan-lahan untuk masuk ke bilik. Baru sahaja dia sampai di pertengahan tangga, dia terserempak dengan sofea yang hendak turun ke dapur.
" maaa...?" suara fasya perlahan, hampir tidak kedengaran.
Sofea langsung tidak memandangnya. Wanita itu terus melangkah turun seolah-olah tidak mendengar apa-apa.
" maa... janganlah hiraukan kakak macam ni..." rayu fasya, suaranya mula bergetar.
Langkah sofea terhenti. Dia mengeluh panjang sebelum berpaling " kau dari mana..?" pandangannya tajam " dengan berbaju kurung hitam lagi. Ada orang mati ke..?"
Fasya menelan liur " faiq.. faiq dah..."
Sofea tersenyum sinis " faiq..? Jantan yang dah buntingkan kau tu..? Mana dia..? Tak datang sini..?" dia memandang tepat ke wajah fasya " kenapa tak bawa aku jumpa dia..? Dia yang sepatutnya bertanggungjawab dengan apa yang korang buat. Kenapa nak libatkan orang lain..?"
Air mata fasya mula bergenang " fasya dah merayu dengan adyan, ma... supaya jangan teruskan pernikahan ni. Tapi adyan sendiri.."
" proplah lah kau.!" potong sofea keras " kau memang nak sangat kahwin dengan dia, kan..? Itu memang plan kau sebenarnya.! Kau buntingkan anak orang lain, lepas tu yang kena tanggung semua ni adalah suami adik kau sendiri..?"
Setiap patah perkataan itu seperti tamparan" mana hati nurani kau ni, fasya..? Dah takde rasa belas kasihan sikit ke dengan adik sendiri..?"
" ma... fasya bukannya.."
" aku kecewa dengan kau." suara sofea mula bergetar, namun masih tegas " aku rasa aku gagal didik kau. Kalau ayah dan ibu kau masih hidup... aku tak tahu apa yang patut dia orang banggakan dengan apa yang kau dah buat dekat dunia ni.."
Ayat itu membuatkan dada fasya terasa kosong. Sofea berpaling dan terus turun ke bawah tanpa menoleh lagi.
Fasya berdiri kaku di tangga. Tangannya menggenggam hujung lengan baju sendiri, menahan sesak yang semakin menghimpit dada. Satu demi satu orang yang dia sayang... seakan menjauh.
Perlahan-lahan dia melangkah naik ke tingkat atas. Setiap anak tangga terasa seperti hukuman. Sampai sahaja di bilik, dia menutup pintu perlahan. Bersandar di belakang pintu itu, akhirnya air mata yang ditahan sejak tadi jatuh tanpa mampu disekat.
" aku memang jahat ke...?" bisiknya pada diri sendiri.
Tiada siapa menjawab. Hanya sunyi yang memeluknya malam itu.
————————-
Di dalam bilik yang sunyi itu, fasya melangkah perlahan. Tangannya menggenggam beg kecil yang dibawa dari tanah perkuburan tadi. Satu persatu barang diletakkan di atas katil.
Pandangan matanya tertancap pada almari lama di sudut bilik. Almari kayu itu sudah lama tidak disentuh. Perlahan dia melangkah menghampiri, jemarinya sedikit menggigil saat membuka pintunya.
Bau kayu lama menyapa deria. Dia menarik laci bawah. Di situ, tersimpan sejadah dan telekung yang sudah lama tidak terusik. Fasya memandangnya lama, seolah-olah sedang memandang sesuatu yang pernah dia abaikan.
" Ya Allah... lama aku tinggalkan kewajipan Mu..." bisiknya perlahan.
Dengan hati yang berat namun tekad yang mula tumbuh, dia menukar pakaian dan mengambil wuduk. Setiap basuhan air ke wajah terasa seperti membasuh sedikit demi sedikit dosa yang melekat di jiwa.
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomantikSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
