Malam itu sunyi, hanya ditemani bunyi kipas yang berputar perlahan. Pintu bilik dibuka dengan cermat oleh Tengku Adyan Hayder. Langkahnya berhati-hati, seolah-olah tidak mahu mengganggu sesiapa.
Namun sebaik sahaja dia melangkah masuk, matanya menangkap susuk isterinya jasmine yang sedang berbual di telefon. Suaranya lembut... malah, terlalu lembut.
Adyan terhenti. Perlahan, dia mengambil tempat di sudut terlindung. Nafasnya ditahan, telinganya tajam menangkap setiap bait kata.
" ouhh... awak nak buka branch baru dekat sini ke..?" suara jasmine kedengaran ceria, diselangi gelak manja.
Di hujung talian, Tengku Aidan Hayder membalas tenang " haah... tapi sebenarnya alang-alang tu, saya nak rapatkan balik hubungan mummy dengan daddy."
" ohhhh..." jasmine ketawa kecil " pandai awak eaa.? Awak ni betul-betul eh... macam orang kata, ambil kesempatan dalam..."
" kesulitan," sambung aidan.
Mereka berdua ketawa.
Di sudut bilik, tangan adyan mula menggenggam. Rahangnya menegang.
" pandai pun... tapi baguslah tu awak nak buat diorang berbaik. Kalau tak, sampai bila nak biar macam tu kan..?" kata jasmine lagi, suaranya lembut penuh sokongan.
" betul. Saya tak mengharap diorang bersatu pun... tapi berbaik pun dah cukup untuk saya."
Jasmine mengangguk perlahan walaupun tidak dilihat " betul tu... so macam mana branch dekat sarawak kalau awak dah pindah sini..?"
Adyan tersentak di hujung penjuru " aidan nak pindah sini..? Tak boleh jadi ni... mesti sebab bini aku." bisiknya didalam hati.
" ermmm... branch sana saya dah serahkan dekat orang lain yang boleh saya percaya," jawab aidan " ehh, lupa nak cakap... saya ambil kamelia dengan julia kerja dekat branch baru saya tau."
" WHAT..?! YEKE..?! Diaorang tak cakap apa-apa pun dengan saya... kena diaorang ni," rungut jasmine, tapi masih dalam nada ceria.
Aidan ketawa " saya rasa sebab diaorang nak surprise awak tu. Saya je tak tahan, terlepas cakap. Teruja sangat nak bagitahu."
" haha... boleh macam tu eh..?"
" jadi nanti kalau diaorang cerita, tolong acah-acah terkejut tau. Awak faham jelah diaorang punya perangai kepoci bising tu macammana kan..? Riuh sangat.!"
" boleh... faham sangat perangai diaorang tu."
Perbualan itu berlarutan, ringan... mesra... terlalu mesra di telinga seorang suami yang sedang menahan cemburu.
" ehh ni, kalau awak ada masa... datanglah rumah saya. Parents saya buat kenduri," pelawa jasmine " awak ajak mummy sekali, kalau dia dah turun sinilah. Kalau takde, awak sorang pun okey."
" InsyaAllah... tengoklah nanti macam mana."
" okay aidan... saya nak tutup dulu. Banyak kerja kena buat."
" okay. Selamat malam."
" selamat malam."
Talian dimatikan. Jasmine menghela nafas kecil sebelum berpaling dan terus tersentak.
" ADYAN.!" terperanjat dia, gila tak terperanjat. Senyap-senyap jadi tiang dekat belakang " awak ni dah kenapa..? Nak jadi perompak pun tak payah lah macam ni," marahnya, jeling tajam.
Adyan melangkah keluar dari bayang. Senyuman sinis terukir " dengan mamat tu kemain kau, eaa..? Gelak... senyum... seolah-olah macam kau ni tak ada hati yang perlu kau jaga."
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomanceSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
