BAB 79

3.1K 69 9
                                        

Keesokan paginya, suasana di sebuah bangunan korporat yang serba moden tampak sibuk seperti biasa. Para pekerja keluar masuk dengan langkah pantas, masing-masing dengan urusan tersendiri.

Jasmine baru sahaja keluar dari keretanya. Dia membetulkan sedikit pakaiannya sebelum melangkah masuk ke dalam syarikat itu dengan penuh yakin.

Sebaik melangkah masuk, matanya terus tertumpu pada satu sudut di mana aidan sedang berbincang dengan beberapa orang stafnya. Tanpa berlengah, jasmine terus menghampiri.

" hi, aidan."

Aidan berpaling. Senyuman terus terukir di wajahnya saat melihat jasmine. Dia menoleh kepada stafnya.

" awak pergi dulu. Kalau ada apa-apa, saya panggil awak. Terima kasih."

" baik, tengku," jawab staf itu sebelum berlalu.

Aidan kembali memandang jasmine, sengih nakal " uishh, awal sangat awak datang ni anissa. Terkejut saya."

Jasmine terus berkerut " awal..? Dah pukul sembilan... awal apa tu..? Kita janji pukul lapan setengah kot. Ke, sebenarnya awak perli saya ni..? Ishh sampai hati."

Aidan ketawa kecil, tidak menjawab apa-apa.

Dia mengeluh kecil " tapi apa-apa pun, maaf lambat. Saya dah cuba nak cepat, tapi banyak urusan. Dengan jem lagi, arghh.!"

Aidan ketawa kecil, menggeleng " It's okay lah. Saya okey jer. As long as, orang tu awak. Saya tak kisah."

Jasmine menjeling senyum, geleng kepalanya " banyak merepek."

" ehh, mana naura..? Awak kata nak bawa dia sekali untuk discuss."

" tulah pasal, tiba tiba pulak dia tak dapat datang. Ada barang baru sampai, dia kena check semua tu. Tu kalut tu tadi."

" ouhh... tak apa lah kalau macamtu. Kita berdua je lah kalau macam tu."

Belum sempat aian menyambung..

" sayang...?"

Suara itu tiba-tiba menyelit masuk. Mereka berdua serentak berpaling. Tak lain tak bukan, adyan berdiri di situ dengan wajah selamba. Aidan terus sengih dah boleh agak kenapa lelaki itu muncul.

Jasmine pula memandang pelik " ehh, dah kenapa awak datang sini..?"

Adyan melangkah mendekat, lalu tanpa segan silu terus merangkul pinggang isterinya. Dia merenung wajah jasmine dengan senyuman manja.

" saja je."

Aidan di tepi hanya menggeleng sinis.

" saja..? Aik, kata ada meeting hari ni..? Postpone meeting ke..?"

" takdelah, cancel. Meeting cancel." Jawab adyan ringkas, tapi matanya mula beralih kepada aidan " so bila cancel... aku datanglah sini. Nak melawat isteri aku kerja. Mana tahu kan... ada lelaki tak sedar diri nak ngurat isteri aku..?"

Nada suaranya santai, tapi pandangannya tajam tepat ke arah aidan.

Jasmine terus tahu ke mana arah perbualan ini. Dia menepuk dahinya perlahan " ishh awak ni, merepek sudah. Siapa pulak nak ngurat saya ni..? Saya tak cantik mana pun. Takde siapa akan suka." cuba menafikan, walaupun jelas dia faham maksud tersirat suaminya.

Adyan tersenyum sinis, masih tidak lepas memandang aidan " entah, tapi mana tahu... orang tu masih tak sedar yang kau tu dah jadi bini orang. Kan, encik aidan..? Kau setuju tak dengan aku..?"

Aidan hanya mengangkat kening, kemudian mengangguk selamba " yelah... kau je lah betul."

Jasmine terus menghela nafas panjang. Aduhai... si aidan ni pun satu. Tak payah lah layan.

PENGORBANAN HATICerita yang buat anda obses. Terokai sekarang