" SOFEA..!"
" WHAT.?!" bentak sofea kepada suaminya, membuatkan semua yang ada di situ tersentak dengan reaksinya yang keterlaluan terhadap iskandar.
Sofea mengeluh kasar " apa lagi yang you nak, iskandar...? You nak tampar I buat kali kedua ke..? Atau you nak tampar I sampai you puas hati..?!"
" NUR SOFEA ALANA.!" suara iskandar meninggi, tegas dan penuh amaran.
Semua terus terdiam. Bila seorang ayah dah menyebut nama penuh, itu bukan main-main. Sama macam mak panggil guna nama penuh seperti memang tanda bahaya.
Iskandar menarik nafas panjang, cuba menenangkan diri sebelum memandang isterinya.
" tolonglah... kali ni jer I harap you boleh benarkan adik duduk dalam rumah ni. Kalau you tak mampu terima dia sebagai anak you, tak apa. Tapi tolonglah anggap dia ni sebagai tetamu I... atau orang luar yang cuma nak menumpang duduk dalam rumah ni."
Nada iskandar berubah. Bila seorang ayah merayu, kesannya lain macam. Seluruh ruang jadi sunyi. Fasya pula semakin serba salah.
Dia tak nak pergaduhan ni berlaku disebabkan orang tuanya... tapi dalam masa yang sama, dia mahu orang tuanya membenci adikya sendiri. Iskandar kemudiannya membawa jasmine naik ke tingkat atas. Namun langkahnya terhenti.
" kakak..?"
Fasya mengangkat wajah, matanya memandang iskandar dengan pandangan yang dingin dan menakutkan.
" kakak tahu kan papa tak pernah marah anak-anak papa atau naik suara, naik tangan..? Papa nak kakak tahu yang papa takkan pernah benci kakak," kata iskandar perlahan tapi tegas " kalaulah suatu hari nanti semua ni terbongkar."
Fasya hanya diam.
" jadi tolonglah... ceritalah segalanya. Jasmine ni adik kakak tau. Sebenci mana pun kakak pada dia, dia tetap adik kakak sampai bila-bila."
Iskandar menghembus nafas panjang " buat masa ni, papa masih beri peluang pada kakak untuk bagitahu segalanya. Tapi tolong jangan sampai melampau. Adyan tu dah tak akan mungkin jadi milik kamu lagi."
Fasya mengeluh.
" sampai bila-bila kamu dengan dia tak akan dapat bersama lagi. Ingat balik fasya, kesalahan kamu kepada adyan. Masih layak ke, adyan beri peluang lagi sekali pada kamu..?"
Ayat itu menikam jiwa fasya. Dia hanya diam, menundukkan kepala tanpa sebarang reaksi.
Iskandar sinis " papa rasa.. tidak. Adyan tak akan bagi peluang langsung pada kamu." tambah iskandar sebelum berlalu pergi.
Langkah iskandar menjauh. Fasya tersenyum sinis dalam hati. Dia tak akan kisah. Lontaran papanya tadi, seolah-olah topeng sahaja. Adyan tetap akan jadi miliknya semula. Mama ada, dia sentiasa akan ada dibelakang dirinya.
————————-
Sementara itu, di bilik atas. Di bilik jasmine. Mereka melangkah masuk. Jasmine terus duduk di hujung katil, pandang iskandar dengan wajah serba salah.
Iskandar berdiri di hadapannya, nada suaranya tegas tetapi sarat dengan kebimbangan " papa nak adik stay je dekat sini. Jangan ke mana-mana. Mama dengan kakak tu... papa tak yakin. Anytime dia orang boleh buat apa-apa pada adik." pesan iskandar kepada anak bongsunya.
Jasmine tunduk. Bukan kerana takut. Tapi kerana hatinya sakit melihat papa dan mamanya bergaduh seperti ini.
" paaa...?"
Iskandar memandang jasmine dengan serius " yer, kenapa..?"
Jasmine senyum nipis, senyum yang dipaksa " sebenarnya papa tak perlu buat semua ni. Adik tak nak sebab adik... papa dengan mama makin jauh."
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomantikaSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
