Second story✨
Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
Suasana petang di cafe itu tenang dengan bunyi mesin kopi bercampur dengan alunan lagu perlahan. Jasmine duduk di sudut berhampiran tingkap, membelek telefonnya sambil menunggu.
Hairan pula dia dengan adyan harini, selalunya kalau jasmine ajak keluar ataupun dia sendiri ajak keluar.. dia akan atur awal. Macam dua hari sebelum. Tapi hari ini, lain pulaz
Sedang dia menatal skrin, tiba-tiba satu bekas makanan muncul di hadapannya dari arah belakang.
" wehh sorry, min... jalan bapak lekat gila... lepastu..." adyan terus bercakap tanpa sempat tarik nafas, wajahnya merah sedikit, kelam-kabut macam baru habis lari pecut.
Jasmine terkedu sebelum ketawa kecil melihat gelagatnya " tenang, adyan. You ni nak kabut sangat dah kenapa...? Tenang-tenang sudahlah. Tarik kerusi, duduk dulu. Baru bercakap."
Adyan berhenti, tarik nafas panjang. Dia letakkan bekas makanan itu, kemudian tarik kerusi dan duduk. Jasmine ketawa lagi bukan kerana ingin mengejek, tapi kerana lelaki itu terlalu comel bila panik.
" sekarang dah tenang belum..? Kalau dah tenang, cakap dengan I apa dia..? Apa yang kabut sangat tu...?"
Adyan menggosok belakang tengkuknya, sengih malu " sorry doh... tadi aku datang sini jem lekat gila. Dah janji dengan kau jam ni, tapi aku keluar lambat pulak. Ditambah jem... aduui..."
Jasmine hanya senyum lembut " It's okay. I okey je. So... apa dia? Kenapa you beria ajak I datang sini..? Selalunya kalau nak keluar dengan I, kita plan dulu nak pergi mana, bila and so on. But why, today..?"
Lelaki itu diam seketika, kelihatan ragu " takdelah, macamni.. aku dengar kakak kau, si fasya tengah sakit. So aku ada bawak bubur untuk dia... tapi masalahnya..." adyan teragak-agak menyambung ayat, tapi akhirnya dia gagahkan juga " kau bagi dia, boleh..? Sebab tadi aku tanya personal assistance dia dekat office uncle, lepastu dia cakap fasya demam. Cara dia cakap tu... macam fasya teruk sangat."
Jasmine hanya senyum pelat.
Adyan tegas, mereung jasmine " asal kau tak bagitahu aku.. yang kakak kau sakit..?"
Jasmine tersenyum, tapi kali ini senyuman itu makin tawar macam dipaksa " you risau sangat dengan kakak I ni... dah kenapa..? Dia okey jer, cuma tulah. Dia agak penat dengan kerja dia dekat office lately ni. Tapi jangan risau, dia okey jer. Tapi you tu, asal tanya..? You suka dia...?"
Adyan cepat-cepat menggeleng " mana ada. Takkan aku nak suka kakak kau, kan..? Tah-tah... kakak kau pun dah ada someone. Right..?"
Jasmine hanya senyum, tidak menjawab apa-apa. Tapi reaksi adyan... matanya, suaranya, cara dia mengelak.. semuanya tak selari dengan kata-kata yang keluar dari mulutnya.
" ehh, kau jangan lupa." adyan menolak bekas makanan itu ke arah jasmine. " kau ambik ni. Balik nanti, kau terus bagi dia. First time aku masak tau. Aku harap kena lah dengan tekak dia masa demam macam ni."
Jasmine ketawa kecil " no worries. Fasya tu... semua dia telan."
" ye ke..? That's great.!" adyan berseri-seri, seolah-olah diberi harapan besar.
Tapi tidak bagi jasmine. Perasaan berbaur tiba-tiba menyelinap masuk ke dadanya. Dia memandang adyan lama... lebih lama daripada biasa. Ada sesuatu yang dia nampak pada lelaki itu... sesuatu yang dia cuba elak untuk akui.
Adyan risaukan fasya... mungkin lebih daripada sekadar "risau kawan". Dan kalau itu benar... Bagaimana pula dengan hatinya sendiri..?
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.