BAB 11

2.8K 64 3
                                        

Hampir lima belas minit berlalu sebelum adyan akhirnya memarkir keretanya di hadapan sebuah restoran mewah bertema kayu gelap dan lampu gantung keemasan. Dia menarik nafas panjang, mengetap bibir sebelum melangkah masuk.

Suasana restoran yang elegan itu langsung tidak dapat menenangkan debar di dadanya. Pandangan adyan terus tertancap pada satu meja di sudut yang ditemani dua wajah yang sedang menunggunya dengan ekspresi yang tidak begitu mesra.

Naura memandangnya dengan wajah letih. Aakif, pula... sinis teruk. Macam tak begitu menarik minatnya dengan kedatangan adyan kalini.

Adyan menarik kerusi perlahan, duduk sebelum sempat membuka kata.

" jem ke harini jalan..?" aakif mula menyindir " ambik masa betul kau nak datang sini...?"

Adyan senyum nipis, sinis walau hatinya dah rasa lain macam " aku hantar min tadi, tu alang-alang aku mintak korang jumpa aku sekali harini. Sebab tu aku lambat sikit. Tapi.."

Belum sempat ayat tu habis, aakif ketawa kecil, gelak sinis yang naikkan bulu roma. Adyan kerut kening " kau kenapa..? Ada yang kelakar ke dengan kenyataan aku..? Aku memang hantar dia harini, that why aku lambat."

Aakif geleng, tapi senyum sinis makin menjadi " aikk, aku nak gelak.. tak boleh ke..?" dia sandar belakang, nada tajam " lagipun bukan apa, aku rasa macam dibuai mimpi pulak. Yelah, terkejut aku.. bila kau cakap dengan kitaorang yang kau hantar dia, harini..? Kenapa..? Allah dah bagi petunjuk pada kau ke..? Pastu kau rasa serba salah lepas isteri aku sendiri hampir kantoikan perkara sebenar pada kau semalam..?"

Adyan diam. Tangan bawah meja mengenggam kuat. Aakif gelak hambar " stopped, adyan. Jangan jadi munafik sangat. Jadi jelah diri kau macam sebelum ni. Yang selalu sakitkan hati dia. Yang selalu ignore dia. Tak payah fake sangat."

" aakif..?" naura menyampuk, suaranya tegas, bimbang pertelingkahan makin besar.

Tapi adyan angkat tangan perlahan " takpe, ra. Aku paham. Dia berhak marah aku."

Aakif mendengus keras " ehh, apa yang kau paham ha..? Kau cuba cakap dengan aku, apa yang kau faham..? Kenapa kau nak jumpa kitaorang harini... dan kenapa kau nak tahu kebenaran setelah sekian lama..?"

Naura pejam mata, dah penat. Tidak mampu nak berbalah dengan suaminya. Dia faham, suaminya sudah lama memendam rasa. Adyan masih diam.

Aakif sambung dengan perasaan emosi " sebelum kau datang sini, kau tak pernah fikir ke..?" suara aakif meninggi " kau tak takut yang kitaorang ni bersubahat dengan min..? Yelah, untuk kenakan kau. Sebab kitaorang kan rapat dengan min, so kau tak rasa ke yang kitaorang ni penipu bersiri..?"

Ayat tu menikam.

Naura dah tak tahan " Muhammad Aakif Najmi.!"

Tapi aakif buat tak tahu. Matanya tak lepas dari adyan. Mata yang penuh marah. Adyan tarik senyum tawar. " it's okay, ra. Aku tak terasa. Aku tahu tu semua... memang salah aku sebelum ni pada isteri aku sendiri."

Dia pandang aakif, mata mula berkaca " kiff... aku tahu aku silap. Dan aku minta maaf sebab aku, persahabatan kita musnah. Tapi... kalau kau jadi aku pun, kau akan percaya semua tu."

" hey, kau cakap baik sikit.!" aakif hentak meja perlahan, tahan marah. " aku percaya dia seratus peratus, adyan..! Tapi kau..? Mana kau waktu dia nak explain semua benda yang dia tak buat..? Mana kau waktu dia menangis lepas kena halau dengan mak kandung dia sendiri lepas kau kahwin dengan dia..? Kau cakap dengan aku, mana kau waktu tu..?"

Jeda seketika. Sunyi. Hanya nafas kasar aakif kedengaran. Masih segar dalam ingatan dia, bagaimana jasmine dihalau dari rumah ketika itu. Lepas sahaja majlis akad, adyan terus menghilang. Katanya ada penerbangan kecemasan.

PENGORBANAN HATICerita yang buat anda obses. Terokai sekarang