Keesokan paginya, di sebuah pondok kecil di kawasan pusat perlindungan, para wanita yang tinggal di situ mula berkumpul. Mereka duduk bersila di atas tikar yang sudah disediakan, masing-masing membawa pen dan buku nota untuk mencatat isi penting usrah pagi itu.
Suasana tenang. Hanya kedengaran bunyi daun yang ditiup angin. Fasya dan amalin duduk bersebelahan. Kedua-duanya sudah bersedia dengan pen dan buku nota di tangan.
Tidak lama kemudian, seorang wanita yang berwajah lembut melangkah masuk ke pondok itu " assalamualaikum semua."
" waalaikumsalam," jawab mereka serentak.
Wanita itu tersenyum " macammana hari ni..? Sihat semua..?" dia memandang para wanita yang sedang mengusap perut masing-masing " ibu-ibu mengandung hari ni semua okey..? Anak dalam perut ada interaksi dengan korang tak..?"
Salah seorang wanita yang kelihatan sekitar lima bulan hamil mengangguk sambil tersenyum " alhamdulillah ada, aisyah."
Aisyah tersenyum bahagia " alhamdulillah... bahagianya." matanya kemudian tertumpu kepada dua wajah yang agak baru baginya.
" wah... ada orang baru ya..?" dia memandang fasya senyum " nama awak siapa..?"
Fasya tersenyum sopan " nama saya fasya. Baru masuk semalam."
Aisyah mengangguk sambil tersenyum " yang ni pula..? Siapa nama awak..?"
Amalin tersenyum kecil " saya dah lama dekat sini... dah masuk empat bulan. Nama saya amalin."
Aisyah sedikit terkejut " ehh..? Awak dah dekat empat bulan dekat sini..? Saya tak pernah nampak pun awak dekat sini..?"
Amalin kelihatan sedikit malu " errmm... saya tak pernah turun dengar usrah. Hari ni baru datang. Maaf, ustazah."
Aisyah ketawa kecil " ouhh begitu. Saya faham." dia menggeleng sambil tersenyum " tak apa. Hari ni kita dengar sama-sama usrah yang aisyah nak bagi."
Fasya dan amalin sama-sama mengangguk.
Kemudian aisyah berkata lagi dengan nada santai " lepasni panggil saja saya aisyah. Janganlah ustazah." dia tersenyum nakal sedikit " rasa macam tinggi sangat pula darjat tu."
Fasya dan amalin tersenyum " baik, aisyah."
Aisyah duduk di hadapan mereka semua " jadi hari ni... aisyah nak bercerita tentang adik-beradik."
Fasya yang sedang membuka buku nota tiba-tiba terdiam. Adik-beradik. Dadanya terasa sedikit sesak. Amalin yang perasan perubahan itu segera menyentuh lengannya.
" haaa...?"
Fasya tersedar " awak okey tak..? Awak pening kepala..?"
" takdelah, saya okey," jawab fasya sambil memaksa senyuman. Dia mula menulis di bukunya.
Aisyah memandang mereka semua " apa yang korang faham sebenarnya dengan adik-beradik ni..?"
Seorang wanita mengangkat tangan " err... apa yang saya faham, aisyah... ia adalah ikatan yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Mungkin seibu dan seayah ataupun salah satunya."
Aisyah mengangguk " betul. Ikatan adik-beradik ni bukan setakat adik-beradik kandung sahaja." dia menerangkan dengan lembut " ia boleh jadi seibu, atau seayah."
Aisyah tersenyum " sama juga dengan adik-beradik angkat."
Fasya terangkat sedikit wajahnya.
" walaupun kita tak ada talian darah dengan mereka... ikatan itu tetap ada."
Fasya mengeluh perlahan.
" adik-beradik adalah kawan yang tidak akan pergi." suara aisyah semakin tenang tetapi penuh makna " jauh mana pun dia cuba lari... ikatan itu sebenarnya tersimpul mati."
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomanceSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
