BAB 63

2.4K 61 4
                                        

Malam itu di vila adawiyah, suasana rumah kelihatan tenang. Seperti permintaan adawiyah, jasmine diminta menginap di situ setiap kali tiada kelas keesokan harinya. Katanya supaya rumah itu tidak terlalu sunyi.

Sementara penghuni rumah yang lain sibuk dengan urusan masing-masing, jasmine mengambil kesempatan mengemas dapur. Dia mengelap meja dengan kain lap sambil bersiul kecil, cuba mengisi masa yang terluang. Sedang leka mengelap permukaan meja, tiba-tiba telefon rumah berdering.

Kring... kring...

Jasmine berhenti seketika. Dia memandang ke arah tangga. Dia mengendap sedikit demi sedikit, cuba memastikan keadaan sekeliling. Dia terfikir untuk memanggil bibik kitty, tetapi takut pula wanita itu sedang solat atau berehat di dalam bilik.

Akhirnya jasmine berjalan menuju ke arah telefon itu. Dia mengangkat gagang.

" hello...?"

Di hujung talian, satu suara lelaki kedengaran " hello aidan, boleh tolong aku tak..? Kau pergi masuk bilik, bukak PC aku. Pastu send document. Sekarang jugak aku nak pakai."

Jasmine terus terkedu.

Suara itu...

Tangannya tiba-tiba terasa menggigil.

" hello..? Kau dengar tak aidan..? Ke ni mummy..? Hello..?"

Jasmine masih diam. Suara itu kedengaran lagi, sedikit tidak sabar.

" aidan, kau dengar tak ni..? Jawablah kalau kau dengar. Apa pasal aku call kau, kau tak jawab..? Telefon mahal-mahal letak dalam jamban ke apa..? Hello...!!"

Jasmine masih tidak mampu bersuara. Dadanya berdegup kencang. Sudah lama dia tidak mendengar suara lelaki itu. Suara yang pernah menjadi tempat dia bergantung... suara yang pernah dia rindukan tanpa sedar.

Tanpa disedari, air mata mula mengalir perlahan di pipinya.

" hello aidan... kau dengar tak ni...?"

Pada saat itu juga, aidan yang baru sahaja turun dari tingkat atas terus perasan jasmine yang berdiri kaku di ruang tamu. Dia mendekat dengan langkah perlahan dengan senyuman.

" anissa...? Kenapa ni..?"

Jasmine tersentak. Dia berpaling dan cepat-cepat mengelap air matanya.

Aidan mengerutkan dahi " sekejap, awak okey tak ni..?" dia memandang telefon di tangan jasmine " siapa yang awak call tu..?"

Tanpa berkata apa-apa, jasmine terus menyerahkan gagang telefon itu kepada aidan. Aidan mengambilnya lalu menjawab " hello...?"

Suara di hujung talian terus menyambung dengan nada membebel.

" ehhh kau ni pergi mana..? Aku call kau guna telefon kau, kau tak jawab. Yang ni jawab tapi diam je. Sakit hati aku tahu tak..?!! Lain kali buang jelah. Ada telefon pun tak boleh dipakai."

Aidan mengeluh kecil. Dia sudah faham apa yang sedang berlaku. Dari sudut matanya dia memandang jasmine yang kini berdiri diam sambil mengelap sisa air mata, memandang ke arah lain seolah-olah cuba menenangkan diri.

" maaflah," kata Aidan " aku dengar jer daripada tapi aku blur. Kau asal..? Kau nak apa..?"

" boleh tolong aku tak..?"

" tolong apa..?"

" pergi masuk bilik kerja aku. Lepas tu buka komputer. Hantar dokumen projek yang dekat perlis tu. Urgent. Aku nak sekarang jugak."

" okey, boleh." aidan berjalan perlahan menuju ke tangga sambil terus bercakap di telefon " ada password tak tu..?"

" ouhh nasib kau tanya, aku boleh lupa. Kau taip je JNA. Semua huruf besar. Lepas tu buka folder nama 'company'. Semua fail tu send dekat aku."

PENGORBANAN HATICerita yang buat anda obses. Terokai sekarang