BAB 60

3K 69 1
                                        

Keesokan paginya, suasana di syarikat masih lengang. Adyan melangkah laju menyusuri ruang pejabat dengan wajah tegang, seolah-olah seluruh dunia sedang berlumba dengan fikirannya.

Sut hitam yang kemas melekap di tubuhnya, langkahnya penuh autoriti dingin dan sukar dibaca. Sebelum masuk ke pejabatnya, dia berhenti di meja faridah.

" selamat pagi, tengku." faridah bangun sambil menghadiahkan senyuman hormat.

" pagi. Hari ni kalau ada apa-apa meeting dengan client, I pergi. I tak jadi keluar," balas adyan ringkas.

" baik, tengku."

Adyan hanya mengangguk tanpa senyuman. Baru sahaja dia ingin melangkah, satu suara membuatkan langkahnya terhenti.

" adyan."

Dia berpaling dengan keluhan berat " sekejap, apa yang you buat dekat sini..? Kata ada hal lain..?"

Fasya berdiri beberapa langkah darinya. Serba hitam. Wajahnya pucat, matanya redup " I nak jumpa you. Boleh I nak cakap dengan you sekejap..?"

Adyan merenungnya pelik. Dengan pakaian sebegitu... nak umumkan kematian siapa..? Tanpa banyak soal, dia melangkah masuk ke dalam bilik pejabat. Fasya mengekori.

****

Di dalam bilik itu, adyan berdiri membelakangi fasya, memandang panorama bandar dari tingkap kaca tinggi. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar, tubuhnya tegap tetapi aura yang dipancarkan penuh tekanan.

" apa lagi yang you nak, fasya..?" soalnya tanpa menoleh " I dah setuju untuk teruskan pernikahan kita. I dah ikut rancangan pre-wedding you yang mengarut tu. Apa lagi tak puas hati..?"

Fasya menghela nafas panjang. Dia bangun dari sofa dan mendekat " I datang sini sebab.." dia ambil nafas sejenak dan tatap adyan dengan serius " I nak batalkan majlis pernikahan kita."

Ayat itu membuatkan adyan berpusing serta-merta. Wajahnya berubah keras " apa..? Apa kau cakap..?"

" I tahu you tak bahagia, adyan. I pun tak bahagia." suaranya bergetar. " I sedar kebahagiaan yang I cari selama ni bukan dengan you... tapi dengan papa kepada bayi ni."

" kebahagiaan you dengan lelaki tu..? Since when..? Lama dah you curang dengan dia belakang I..?" serkap jarang adyan lontarkan kepada fasya.

" I tak curang, adyan." fasya menatap adyan penuh serius.

" tak curang..? Okey, nevermine." adyan ketawa sinis " jadi, mana dia..? Kenapa tak bawak jumpa I..? Dan sekarang ni baru dia berani nak muncul bertanggungjawab..?"

Fasya tunduk, sayu " dia dah tak ada.."

Adyan hanya ketawa kecil, seolah-olah itu sekadar jenaka murahan. Dalam beberapa langkah pantas, dia sudah berdiri betul-betul di hadapan fasya. Tangannya tiba-tiba mencengkam leher wanita itu.

" itu masalah aku...?" suaranya rendah dan tajam " NO. ITU MASALAH KAU.! Kau yang seret aku masuk dalam masalah kau. Sekarang kau nak cakap kau tak nak kahwin dengan aku..? Like seriously, fasya..?!!"

" ad... adyan... lepaskan..." fasya tercungap-cungap, cuba menarik nafas.

" kalau bukan sebab kau, aku dengan adik kau dah bahagialah perempuan. Rancangan bodoh kau untuk perangkap aku buatkan dia jauh dari aku. Kau sedar tak semua tu..?!!"

" yer, I tahu.. I salah... I mintak maaf..."

" maaf..?" adyan melepaskannya dengan kasar.

Fasya terbatuk-batuk sambil memegang lehernya. Air mata mula mengalir tanpa mampu ditahan. Adyan mendekat lagi. Jarinya mencengkam dagu fasya, memaksa wanita itu mendongak.

PENGORBANAN HATICerita yang buat anda obses. Terokai sekarang