BAB 31

2.5K 58 10
                                        

Malam itu, sebaik sahaja pulang dari kerja, jasmine terus memandu balik ke rumah mereka. Dia malas hendak balik ke rumah mama dan papa nya sendiri. Sebab dia tahu, fasya pasti sedang bahagia... on call dengan suaminya, sweet-sweet macam biasa.

Jadi lebih baik dia balik sini. Duduk seorang diri. Tenang, kononnya. Jasmine membuka tombol pintu dan terus menguncinya dari dalam. Yelah... bahaya juga kalau tinggal sorang-sorang.

Tiba-tiba..

" kau baru balik..?" suara garau itu menyapa dari ruang tamu " apa banyak sangat ke kerja dekat kedai tu sampai tak reti nak balik rumah..? Tengah malam macamni, baru ada hati nak jejak rumah sendiri..?"

Langkah jasmine terhenti. Darahnya seakan berhenti mengalir. Sekejap, kenapa... suami dia ada di sini..?

Perlahan-lahan jasmine melangkah ke hadapan. Jantungnya berdegup laju. Dia mendekati adyan dan terus menyalami lelaki itu.

" ke... kenapa awak balik sini adyan..? Bukan ke sepatutnya awak.. maksud saya," suara jasmine tergagap " saya ingat..."

" kau ingat apa dia..?" adyan memandang wajah jasmine yang sudah pucat " apa kau ingat aku takkan balik sini lepas aku kena jemput dengan kekasih hati lama aku..?"

Jasmine kaku. Tak tahu langsung apa yang patut dia jawab. Jasmine mengeluh perlahan, cuba menenangkan diri.

" saya minta maaf, adyan. Saya tak berniat nak tipu awak. Tapi semua ni saya buat.."

" kau buat sebab keinginan kakak kau sendiri..? Itu kau nak cakap dengan aku..?" dia bangun berdiri " dan kau nak satukan balik kitaorang..? Macamtu ke..?"

Wajahnya keras.

" adyan.. saya.."

" aku ni sumpah tak faham dengan perempuan yang perangai sejenis macam kau ni." agak kasar, tapi hati dia lagi terluka " orang lain, kalau suami dia nak dirampas, dia akan lawan habis-habisan. Tapi kau pulak..? Apa yang kau buat..?"

" adyan.. saya buat semua tu sebab saya.." belum habis lagi  jasmine berbicara, adyan memotong lagi sekali tapi lebih emosi.

" ehh sumpah, aku tak fahamlah dengan perangai kau..!" geram jelas terpancar di wajah adyan.

Tiba-tiba dia mencapai satu fail di atas meja iaitu
FAIL CERAI. Fail itu dicampaknya kuat ke atas meja.

BANG!

Jasmine terkejut.

" FAIL TU..!!!!"

Terus jasmine tunduk. Dia tahu, itu surat apa. Sebab itu dia tak berani menatap wajah adyan.

" kau ni gila ke apa..?! Sejak bila kau pandai buat keputusan tanpa tanya aku dulu...?!!"

Jasmine menarik nafas panjang. Kemudian, dengan sisa keberanian yang ada, dia mengangkat muka dan menatap mata adyan.

" untuk apa saya perlukan jawapan daripada awak..? Sebab selama ni pun," suara jasmine bergetar, " apa yang saya nak buat, awak tak pernah pun suruh saya minta izin bagai. Tapi kenapa, bila kalini saya buat keputusan macamni.. Kenapa saya perlukan jawapan daripada awak, adyan..?"

Adyan makin baran.

" kau tanya kenapa..? Kau tanya aku balik kenapa, Jasmine Nur Anissa..? Yang kau buat ni surat cerai..!!! Kau ni kenapa..? Kau bodoh ke..?!!"

Air mata jasmine bergenang.

" YA.! Saya memang nak awak lepaskan saya..! Jadi lepaskanlah saya..! Dia pun dah balik, kan..? Kenapa lagi nak simpan perempuan macam saya ni, adyan..?! Saya bukan perempuan yang awak pilih dan tunggu selama ni, perempuan tu.. perempuan tu yang awak nak kan selama ni. Jadi tunggu apa lagi..?"

PENGORBANAN HATICerita yang buat anda obses. Terokai sekarang