Di dapur yang sederhana luas itu, kelihatan seorang wanita sedang bergerak lincah walaupun perutnya sudah sarat memboyot. Setiap langkahnya berhati-hati, namun tangannya tetap cekap menyiapkan sarapan pagi.
Jasmine menghela nafas perlahan sambil mencapai kuali dan meletakkannya di atas dapur gas berjenama Butterfly. Sebiji telur dipecahkan dengan kemas, bunyi desiran minyak panas memenuhi ruang dapur.
Dalam masa lima minit sahaja, hidangan sarapan bertemakan barat siap sepenuhnya ringkas, tetapi penuh dengan kasih sayang.
Pinggan diangkat dan disusun rapi di atas meja makan. Jasmine mengeluh kecil sebelum tersenyum sendiri.
" ADYAN...!"
" sekejap sayang...! Tali tie ni buat hal lagi..!!"
Suara adyan bergema dari tingkat atas. Jasmine hanya menggeleng kepala, senyuman manja terukir di bibir.
" nak attention lah tu suami aku ni..."
Dengan langkah perlahan, jasmine mula menaiki tangga. Pinggangnya terasa lenguh, namun dia tetap gagahkan diri. Sejak dia mengandung, adyan jarang ke pejabat. Kata jasmine " baby tak bagi daddy dia pergi kerja."
Alasan kekanakkan seorang ibu.
Untung sahaja, segala urusan kerja banyak diuruskan oleh aakif. Lelaki itu kini sudah seratus peratus bekerja di bawah adyan. Tetapi, jika jasmine memerlukan bantuan, Aakif tidak membantah untuk menolong.
Kedai bunga milik jasmine pula semakin hari semakin berkembang. Pelanggan makin bertambah, rezeki makin murah.
Sampai sahaja di tingkat atas, jasmine terus membuka pintu bilik. Kelihatan adyan masih terkial-kial dengan tali lehernya di hadapan cermin.
Jasmine tersenyum sinis sambil menghampiri " tak habis lagi ke dengan urusan tali tie awak ni..? Daripada tadi, takkan tak jadi-jadi kot..?"
Tanpa menunggu jawapan, dia terus mencapai tali leher itu dan membetulkannya dengan cekap. Adyan hanya diam, memandang isterinya dengan senyuman yang sukar disembunyikan.
" kenapa kau pergi buat sarapan..?" tanya adyan perlahan.
" ishh dia ni... biarlah. Kalau saya tak turun buat sarapan, awak nak makan apa..? Lagipun, harini kan first day awak pergi office lepas lama 'baby' tak bagi..." balas jasmine sambil fokus pada simpulan tali leher.
Adyan menyengetkan kepala, senyum nakal " baby ke... atau mama baby..?"
Jasmine mencebik " haa cebit bibir macamtu, aku gigit baru kau tahu."
Jasmine terus menjeling tajam " eeee pagi-pagi dah pervert. Tolonglah, bersihkan otak awak tu, encik adyan."
Adyan ketawa kecil, tangannya naik mengusap lembut rambut isterinya " aku pervert pun dengan isteri aku sendiri, bukan dengan perempuan lain. Ke... kau nak aku ada bagi kau teman masa kau berpantang nanti..? Kalau nak, aku okey jer."
Gerakan jasmine terhenti. Perlahan-lahan dia mengangkat wajah, memandang adyan dengan renungan tajam sejenak dan senyum.
" kalau awak betul nak... saya okey jer. As long as, awak happy. Semua orang happy, pergilah cari perempua lain."
Adyan terpaku " ha..?"
Jasmine melepaskan tali leher itu, tersenyum nipis " tapi lepaskan saya."
Jantung adyan seakan terhenti.
" saya akan pergi jauh dari awak. Saya bawa anak saya sekali. Kali ni, saya betul-betul hilang. Takkan lagi balik dan jejak kesini. Muka ni, tak akan ada depan mata awak."
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomansaSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
