" daddy...!"
Suara kecil itu memecah suasana. Adyan terus mengangkat wajah, dan senyuman yang sejak tadi tertahan akhirnya terukir di bibirnya.
Di hujung sana, faiqihah berlari anak, tanpa ragu, terus memeluk tubuh lelaki itu erat. Pelukan yang penuh rindu, penuh kasih.
Tidak jauh dari situ, jasmine cepat-cepat memalingkan badan. Hatinya bergetar. Dia tidak mahu bertembung. Belum bersedia... atau mungkin, tidak pernah bersedia.
Fasya yang berdiri di belakang hanya mampu tersenyum, matanya bersinar melihat kebahagiaan kecil itu.
" amboi... bahagianya dia. Kemain dia bila daddy dia datang," usik fasya perlahan, melangkah menghampiri.
Adyan mengangkat faiqhah ke dalam dukungannya, memeluk anak kecil itu dengan penuh kasih. Namun, matanya... matanya sudah lama tertancap ke arah satu figura yang cuba melarikan diri.
Fasya mengerutkan dahi, pandangannya beralih ke arah belakang adyan " siapa yang you bawak tu...?" soalnya perlahan, hairan.
Adyan tidak menjawab. Dia hanya tersenyum nipis, lalu menurunkan faiqihah ke tanah. Tanpa berlengah, langkahnya diatur perlahan menuju ke arah jasmine.
Sampai sahaja di hadapan wanita itu, tangannya naik menggenggam lembut jari jemari jasmine. Fasya terkejut. Dunia seakan berhenti seketika.
Fasya dan jasmine saling berpandangan. Pandangan yang sarat dengan cerita lama. Luka. Rindu. Dan... cinta yang belum pernah benar-benar hilang.
" daddy..." faiqihah bersuara ceria, memecah ketegangan " aunty ni sama lah muka dia macam bidadari daddy tu. Tapi yang dalam gambar tak pakai tudung... sekarang dah pakai. Cantik sangat..!"
Adyan tersenyum. Kali ini, lebih dalam. Lebih jujur " aunty ni memang bidadari daddy, sayang..." bisiknya lembut, sambil menciut hidung faiqihah.
Faiqihah ketawa kecil, lalu tanpa rasa segan, dia berlari semula memeluk jasmine dengan penuh manja. Jasmine kaku.
Pelukan kecil itu... hangat. Tulus. Dan entah kenapa, terus menembus ke dalam hatinya yang selama ini cuba dia keraskan.
Fasya yang melihat, tersenyum dalam linangan air mata " bila kau balik, dik...?" suaranya bergetar, penuh makna.
Jasmine mengangkat wajah. Matanya bertemu dengan fasya. Tiada senyuman. Tiada juga kemarahan. Hanya satu pandangan kosong... yang menyimpan seribu rasa yang tidak terluah.
——————————
Seusai makan tengah hari, suasana rumah mula kembali tenang. Bunyi pinggan mangkuk yang berlaga perlahan-lahan menghilang apabila masing-masing sibuk mengemas apa yang patut. Angin petang yang lembut menyusup masuk melalui jendela, membawa bersama rasa damai selepas kekenyangan.
Di ruang tamu, adyan duduk santai di kerusi rehat sambil melayan faiqihah yang sedang ketawa riang bermain permainan kecil di tangannya. Gelak tawa kanak-kanak itu memenuhi ruang, polos dan jujur.
Tiba-tiba, langkah seseorang menghampiri. Fasya muncul dengan wajah yang seakan mencari sesuatu atau seseorang.
Dari dapur, suara fasya sempat kedengaran memberi pesan, nadanya lembut tetapi tegasn" faiqiahh, jangan seronok sangat. Nanti daddy balik, menangis tak tentu pasal."
" baik, ibu!" jawab faiqihah pantas, walaupun tangannya masih ligat bermain.
Fasya berdiri seketika, matanya melilau ke sekeliling rumah. Ada keresahan yang cuba disembunyikan di sebalik riak wajahnya.
Adyan yang perasan perubahan itu hanya memandang sekilas, sebelum mengukir senyuman sinis " you cari siapa..? Jasmine..?"
Fasya tersentak kecil, kemudian berdehem, cuba mengawal keadaan " eeemm... mana dia..?"
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomanceSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
