Fasya melepaskan pelukan itu. Pandangan mereka bertaut seketika, sarat dengan seribu rasa yang tak terluah.
" terima kasih, dikk. Terima kasih sebab sedarkan aku. Kalau kau tak sedarkan aku, mun.."
Jasmine cepat memotong dengan senyuman sinis " heyyy... tenanglah."
Fasya terdiam.
Jasmine tersenyum nipis " aku cuma nak kau bahagia je. Kalau dengan bersama adyan boleh buat kau bahagia, aku akan mengalah.. untuk kau."
Fasya senyum bahagia, dia terharu " tapi macammana kau dengan adyan.. aku.."
Jasmine angkat kening, senyum kecil " kenapa..? Kau.. memang nak aku stay ke..? Kau rela kalau aku masih ada dalam hubungan korang berdua..?"
Fasya hanya diam.
" kau diam fasya dan aku dah tahu apa jawapannya," sambung jasmine perlahan. " aku tahu aku tak layak untuk berada di sisi dia. Lebih baik aku undur diri daripada tengok dia terseksa hidup dengan aku. Lagipun, macam tak make sense kalau aku masih nak stay dengan dia.. macammana kalau dia nak kahwin dengan kau kalau aku masih ada lagi dalam cerita ni..?"
Jasmine keluh sejenak, senyum " aku tak nak buat dia lagi keliru dengan keputusan dia sendiri fasya."
Fasya capai tangan jasmine, gengam erat " terima kasih... terima kasih.."
Jasmine menatap mata kakaknya, rindunya dengan renungan ini. Renungan antara adik beradik yang penuh kasih sayang.
" apa pun untuk kau.. aku akan cuba buat yang terbaik. Walau dengan mengalah sekalipun dapat buat kau bahagia.. aku sanggup."
Fasya senyum bahagia " kalau macamtu.. aku keluar dulu..? Lagi sekali, terima kasih.."
Jasmine tidak bicara apa-apa dan hanya mengangguk. Fasya terus beredar keluar dari bilik itu. Di luar, sofea yang sejak tadi berdiri di situ segera melangkah pergi sebelum kehadirannya disedari.
******
Sebaik sahaja pintu tertutup, tubuh jasmine terus lemah. Dia terduduk di hujung katil. Apa yang dia cakap tadi... dia rela mengalah demi kakak dia walaupun hati sendiri terluka..?
Air mata menitis dan dia tersenyum sinis " takpe min.. kau yang mintak semua ni.. kenapa kau perlu bersedih.."
Kring. Kring.
Jasmine bangun perlahan, mengambil telefon di atas meja sebelum duduk kembali di katil. Nama adyan tertera di skrin. Dia menarik nafas panjang sebelum menjawab.
" heyy, adyan..."
" heyy, sayang... kau tengah buat apa tu..?"
Jasmine senyum kecil " saya tak buat apa-apa pun. Cuma tengah rehat dan termenung sekejap. Ehh, saya terlupa pulak. Saya nak minta maaf pasal petang tadi. Saya terlebih emosi pulak."
" tak apa. Tapi sebenarnya kenapa dengan kau..? Yelah, tak memasal nak marah aku..? Ke sebab perjanjian kau dengan fasya dulu..? Dia nak tuntut balik ke..?"
Jasmine tersenyum sinis " mana adalah. Jangan bersangka buruk dengan fasya, adyan.. lagipun, mana awak tahu itu semua tentang perjanjian saya dengan fasya..?"
" aku tahulah. Aku guna telepati suara hati seorang suami. Kau apa tahu..?"
Jasmine sengih mendengar kenyataan adyan.
" dia suruh kau pujuk aku supaya lepaskan kau, kan..? Itu yang dia nak. Itu sebab dia balik sini kalini."
" stop thinking nonsense about him, adyan."
" dan stop jugak backup dia, sayang. Kau ingat aku akan lepaskan kau macamtu je ke..? Walaupun aku nak kahwin dengan fasya, kau tetap isteri aku sampai aku mati. Kau ingat kenyataan ni."
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomantikSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
