Adyan melangkah masuk ke dalam rumah lalu menutup pintu perlahan. Nafasnya terasa berat. Hatinya ketika itu bercampur baur.. terkejut, gembira, rindu... semuanya bersatu menjadi satu perasaan yang sukar ditafsirkan.
Isteri dia... dah balik. Senyuman lebar terukir di bibirnya, walaupun jelas kelihatan gugup " sa... sa... sayang... bi... bila kau balik..?"
Suara adyan tergagap-gagap, seperti hilang kawalan. Jasmine pula hanya berdiri kaku, seolah-olah masa terhenti. Pandangannya kosong, tubuhnya membeku dengan situasi yang tak disangka itu.
Air mata mula bergenang di mata adyan. Dia tersenyum dalam tangisan, perlahan-lahan mengangkat kedua tangannya lalu menyentuh pipi wanita di hadapannya.
" ini memang kau kan, sayang..?" suaranya bertukar sinis, namun masih bergetar " ke... kenapa takde seorang pun cakap dengan aku yang kau dah balik..? Rindunya aku dengan kau.."
Jasmine tetap diam.
" heyy kau kenapa..? Kau... janganlah diam macam ni..."
Kata-kata itu akhirnya menyedarkan jasmine. Dengan pantas dia menepis tangan adyan dari pipinya, membuatkan lelaki itu tersentak.
Jasmine mengelap air matanya kasar, kemudian mencapai bagasinya " maaf. Encik dah silap orang. Saya bukan isteri encik."
Tanpa menoleh lagi, dia terus melangkah pergi. Namun belum sempat jauh, adyan sudah menghalang laluannya.
" tak," adyan menggeleng laju " kau memang isteri aku. Jasmine Nur Anissa... kau memang isteri aku..!"
" tepilah. Jangan ganggu saya lagi. Saya nak balik," balas jasmine dingin " encik dah silap orang. Saya bukan Jasmine Nur Anissa yang encik kenal. Apa yang encik tak faham-faham dari tadi haa..?!"
Renungannya tajam, penuh kemarahan. Jasmine cuba melangkah pergi sekali lagi, tetapi adyan menahan amarahnya. Dia tak mahu meletup di situ. Bukan sekarang. Isterinya baru kembali... dia harus pujuk.
Namun tindakannya seterusnya di luar kawalan. Dia menarik bagasi jasmine dengan kasar hingga terlepas dari tangan wanita itu dan jatuh ke lantai.
" ADYANN..! APA MASALAH AWAK NI HAAA..?!!"
Tanpa memberi ruang, adyan terus mendekat lalu mencium bibir jasmine. Ciuman itu penuh emosi yang lama terpendam.. rindu, sakit, marah. Jasmine meronta cuba menolak, namun tenaga lelaki itu jauh lebih kuat.
Beberapa saat kemudian, adyan melepaskan. Dahi mereka hampir bersentuhan, nafas masing-masing tidak teratur.
" kenapa balik tak bagitahu aku..." bisiknya perlahan " aku tunggu kau, sayang. Bertahun aku tunggu... dan hari ni, hari yang aku tunggu... kau ada depan mata aku."
Jasmine tersedar sepenuhnya. Dia membuka mata, lalu menolak adyan menjauh " encik dah silap orang. Saya bukan Jasmine Nur Anissa yang encik kenal."
Dan kali ini, dia benar-benar pergi. Adyan hanya memandang, senyuman sinis terukir di bibirnya.
" aku kenal isteri aku... bukannya aku tak kenal."
Langkah jasmine terhenti.
" kenapa..? Kenapa kau masih nak lari lagi dari aku..?" suara adyan sedikit keras " masih tak cukup ke enam tahun aku bagi ruang untuk kau jauh dari aku..? Aku bagi ruang dan peluang untuk kau..?"
Jasmine berpaling, senyuman sinis menghiasi wajahnya " kenapa nak bagi ruang..? Kenapa tak lepaskan saja saya, adyan..? Kenapa tak ceraikan saya..?"
Adyan mendekat, memegang kedua tangan isterinya " kenapa aku perlu lepaskan kau..?"
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomanceSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
