Besoknya, di rumah iskandar dan sofea. Ruang tamu sunyi. Sofea duduk di sofa, menonton televisyen tanpa fokus. Beberapa saat kemudian, iskandar datang lalu duduk di sebelah isterinya.
Sofea menjeling sekilas ke arah suaminya. Jelingan tajam. Malas betul kalau suaminya sudah duduk satu ruangan dengannya. Pasti ada sahaja balahnya.
" you tak keluar hari ni..?" soal iskandar, masih tidak memandang isterinya.
" hmm, tak."
" kenapa..? Kawan-kawan datin you tu tak ada gosip nak diceritakan hari ni..?" sindirnya sengaja, mahu mengusik hati sofea.
Sofea mengeluh panjang lalu memandang iskandar dengan wajah tidak puas hati " ehh, you ni kenapa ha..? Kalau I duduk rumah, I call fasya, you marah. Lepas tu kalau I keluar dengan kawan-kawan datin I, pun you marah. Apa sebenarnya yang you nak dalam hidup you ni iskandar..?"
Geram betul.
Iskandar ketawa kecil " I tak marah kalau you call fasya untuk cakap benda yang baik. Tapi ni apa..? You mengumpat. You kutuk anak you sendiri. Betul tak..? Jadi, sama je.. you keluar ke tak keluar you tetap kumpul dosa you sendiri."
Dia menjeling sofea seketika sebelum kembali fokus ke televisyen " habistu. Sekarang ni lebih baik you tutup mulut you iskandar. Tak payah nak bertekak pasal benda mengarut semua ni."
Iskandar mengeluh perlahan. Susah betul nak berurusan dengan sofea.
" adik tanya khabar you semalam."
Sofea tersenyum sinis " lepasni kalau dia tanya lagi, you cakap je yang I dah mati. Cakap dengan dia yang datin sofea dah pergi jauh dari hidup dia. Senang, kan..? Tak adalah lepas ni bila you jumpa dia, dia asyik tanya pasal I jer."
Kali ini iskandar memandang sofea dengan wajah tidak puas hati " apa masalah you ni sebenarnya..? Adik tu cuma tanya khabar you jer tau. You patut hargai sebab anak you tu masih ambil berat pasal you walaupun you dah buang dia macam sampah.!"
" ehh, ada salah ke I cakap..?" sofea membalas tajam " ambil berat konon. Fake lah semua tu.! Dan you ni pun, masih nak pertahankan anak tak guna tu kenapa..?" marah sofea.
Keras betul hatinya.
" adik tu anak I. Sama juga dengan fasya. Dua-dua I sayang," balas iskandar dengan nada perlahan " mestilah I akan pertahankan anak I sendiri. Yang you ni, boleh tak bagi ruang dekat hati sendiri untuk terima anak you..?"
" Gila. Gila. Gila," sofea ketawa sinis " you nak suruh I terima dia balik..? Memang tak lah.! Mati hidup balik pun, I tetap tak akan maafkan dia."
Iskandar kelihatan sayu " sampai bila, sofea..? Sampai bila hati you yang keras ni nak terima dia balik, sofea..? Dia bukan sesiapa, dia bukan orang luar. Dia anak you sendiri, sofea.."
Sofea tersenyum sinis, jahat " benda tu takkan pernah berlaku. Sampai I mati pun, hati I takkan terima dia balik."
Keras. Kejam.
" dan waktu tu, I nak buat dia rasa menyesal. Rasa berdosa sebab dah hancurkan hati seorang perempuan yang pernah sanjung dan bangga dengan dia. Waktu tu juga, I nak dia merintih minta maaf dekat batu nisan I. Sebab I nak Allah kenal dia sebagai anak yang derhaka..!"
Sofea bangun. Air matanya jatuh berjurai. Iskandar terkejut dan terus bangun.
" SOFEA.!"
Langkah sofea terhenti apabila iskandar memanggil namanya dengan suara yang cukup keras.
" sanggup you gelar anak you sendiri anak derhaka..? Dia anak you, sofea... you sedar tak apa yang cuba cakap sekarang ni..?"
Sampainya hati.
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomanceSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
