Malam itu sunyi dan tenang. Angin malam bertiup perlahan, menyentuh dedaun di halaman rumah. Cahaya lampu luar yang malap menemani kesunyian malam.
Fasya berdiri di luar, mengambil angin. Tangannya memegang sekeping kad kecil. Matanya lama memandang kad itu sebelum satu keluhan berat terlepas dari bibirnya.
Dia menunduk, seolah-olah kad itu menyimpan seribu beban di hatinya.Tiba-tiba satu suara menegur dari belakang.
" berat sangat ke masalah..? Sampai mengeluh macam tu sekali..?"
Fasya tersentak. Dia segera berpusing. Matanya membesar melihat figura di belakangnya " paa..."
Iskandar tersenyum kecil. Tanpa berkata apa-apa, dia berjalan mendekati lalu duduk di sebelah fasya di bangku halaman. Pandangannya dilontarkan ke hadapan, menikmati suasana malam yang sunyi.
Fasya cepat-cepat menyimpan kad di tangannya ke dalam poket baju. Dia tidak mahu Iskandar bertanya apa-apa.
Iskandar masih memandang ke hadapan sebelum bersuara perlahan " cucu papa macam mana..? Dah pernah pergi check up ke belum..?"
Kali ini dia menoleh memandang fasya.
Fasya cuba tersenyum, tetapi air matanya tiba-tiba mengalir. Dia menggeleng perlahan sambil mengesat pipinya " belum jumpa lagi, pa..."
Namun di sebalik tangisan itu, ada sedikit kebahagiaan yang menyelinap di hatinya. Sudah lama dia tidak merasakan keprihatinan seperti itu daripada iskandar.
" kenapa tak pergi..?" tanya iskandar lembut " setiap bulan kena pergi check up. Nak tengok keadaan baby dalam perut tu. Sihat ke tidak.."
" paa... fasya..." belum sempat dia menghabiskan kata-kata, iskandar memotong perlahan.
" benda dah berlalu, fasya. Perkara pun dah berlaku." dia kembali memandang ke hadapan " nak patah balik... memang tak akan mungkin."
Nada suaranya tenang, tetapi ada sedikit sindiran yang tersirat " sekarang ni kita teruskan saja kehidupan seperti biasa. Jangan asyik pandang kebelakang. Seksakan... kalau kita cuba putar balik masa yang dah lepas."
Fasya hanya mampu mengeluh perlahan.
Beberapa saat kemudian iskandar bersuara lagi " kakak tak nak bawak papa jumpa dengan bapa kepada cucu papa ni...?"
Dia menoleh sambil tersenyum kecil. Fasya tertawa sinis " nak jumpa macam mana pa...?" suaranya perlahan " dia dah tak ada. Dia dah tinggalkan fasya... dengan baby dalam perut ni."
Tangannya mengusap perutnya yang masih kecil.
Iskandar terdiam seketika " Allahuakhbar... bila..?"
" baru jer semalam pa," jawab fasya dengan senyuman pahit.
" Innalillahi wa inna ilaihi raji'un..." iskandar menghela nafas panjang.
Fasya memandang ayahnya " papa jangan dendam dengan arwah, boleh..?" katanya perlahan " dia memang nak bertanggungjawab. Tapi takdir berkata lain... dia dah pergi tinggalkan kami."
Iskandar mengangguk perlahan " tak apalah... mungkin dah ajal dia. Setiap yang bernyawa pasti akan mati." dia menghela nafas lagi " at least sebelum dia pergi... dia dah sedar kesalahan dia, kan..? Walaupun tak sempat berjumpa dengan kakak dan anak kamu berdua, setidaknya dia dah berusaha yang terbaik.."
Fasya hanya tersenyum kecil. Kemudian dia tiba-tiba teringat sesuatu " mama macam mana pa..?"
Iskandar tersenyum nipis " bagilah mama masa. Dia perlukan masa untuk fikir. Biar dia sendiri dulu. Tenangkan hati dan emosi dia.."
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomansaSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
