Malam itu suasana dapur agak meriah. Kaum perempuan sibuk menyiapkan hidangan makan malam, bau lauk panas memenuhi ruang rumah. Fasya turut membantu, sesekali mengacau lauk dan mengangkat pinggan ke meja makan.
" wahhh... sedapnya makanan.." puji pak long yang baru sahaja melangkah masuk ke ruang makan.
" tulah, banyak sangat ni," sambung pak ngah pula, matanya memandang penuh selera pada hidangan di meja.
Mereka bertiga terus duduk, jelas sudah tak sabar hendak menjamah makanan.
Mak ngah bersuara sinis sambil menyusun sudu garfu " buat banyak sikit... katanya kawan jasmine nak datang nanti, kan..?"
Yang lain hanya mengangguk.
" mana adyan, pa..? Tak nak makan ke..?" tanya sofea kepada iskandae.
" tadi sempat borak juga. Tapi lepas solat isyak berjemaah, terus naik bilik. Penat kot..?" jawab iskandar tenang.
" pulak dah..."
Tiba-tiba fasya menyampuk, nada suaranya ceria " tak apa pa, sekejap lagi kakak panggil dia turun makan."
Iskandar terus memandangnya, wajah berubah sedikit tegas " tak payah. Kamu dengan adyan masih belum nikah. Jangan gatal sangat, fasya."
Fasya terus diam. Pipinya terasa panas. Aduh, papa ni pun satu... depan semua orang pula tu. Dia merungut dalam hati, malu bercampur geram.
Iskandar kemudian berpaling kepada sofea " mana adik..? Suruh dia sendiri panggil suami dia turun makan."
Sofea tersenyum kecil, menganggukkan kepalanya " adik... ohh adik..."
Tidak lama kemudian, jasmine muncul membawa satu lagi lauk baru " kenapa ma..?"
" panggil adyan dekat atas. Suruh dia turun makan. Dah siap dah ni."
Ish... kenapa tak suruh fasya saja..? Hati jasmine mula berbunyi. Dia bukan tidak mahu, dia cuma tak nak fasya lagi membencinya.
" eemm... okey," balas jasmine perlahan sambil meletakkan lauk di atas meja.
Fasya sempat menjeling tajam ke arahnya. Entah kenapa, melihat jasmine dipanggil begitu membuat hatinya sedikit menyampah. Jasmine pula buat tak kisah, terus melangkah naik ke tingkat atas.
Langkahnya perlahan, mungkin penat... atau mungkin ada sesuatu yang bermain di fikirannya. Apa pun, tugas tetap tugas, dia perlu memanggil adyan turun makan malam bersama keluarga.
————————
Di tingkat atas, jasmine membuka pintu bilik dengan perlahan. Suasana sunyi, hanya cahaya lampu malap dan bunyi halus dari telefon yang sedang dimainkan.
Dia nampak adyan baring santai di atas katil, mata fokus pada skrin telefon. Macam sedang layan YouTube... dan daripada visual yang sempat dilihat, nampak seperti video tentang bayi.
Jasmine melangkah mendekat perlahan, hampir berhati-hati " adyan...?"
" ehh, sayang.." adyan menyahut lembut tanpa memandang " mehh sini, duduk sebelah aku."
Jasmine menurut saja. Dia duduk di sisi suaminya. Adyan terus berpusing menghadapnya, wajah tenang.
" cuba kau tengok ni." dia hulurkan telefon.
Jasmine memandang skrin itu seketika, dahinya sedikit berkerut " baby..?"
Adyan mengangguk. Dia kemudian menutup telefon, tapi jasmine masih pelik " wait, kenapa dengan baby..?"
Adyan hanya tersenyum. Tanpa segan, tangannya mengusap perlahan perut jasmine. Kemudian dia menunduk sedikit, mencium perut isterinya dengan lembut.
Jasmine terus terkejut.
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomanceSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
