Jasmine yang sedang duduk di kerusi dalam bilik adyan perasan mata lelaki itu tak lepas-lepas menatapnya, seolah-olah mahu menelannya hidup-hidup. Hatinya jadi tak selesa untuk bercakap.
" kau okey ke...?"
Jasmine tersenyum nipis " I okey je. Kenapa you tanya macam tu..? You nampak macam I ni tengah tak okey ke..?"
Adyan cepat mengelengkan kepalanya " tak. Tak ada apa. Ada apa kau nak cakap dengan aku ni..?"
Jasmine menarik nafas perlahan " I cuma... nak minta maaf."
" kau nak minta maaf...?" adyan berkerut dahi. Pelik " mintak maaf pasal apa pulak..?"
Jasmine tersenyum lagi " pasal tadi...? I tak patut bertindak atau bersikap kurang ajar dengan you. I minta maaf, sangat-sangat."
" it's okay. Aku faham dengan emosi kau tadi, tapi kalau pasal kau tampar aku.. aku memang..."
" adyan," potong jasmine cepat " I minta maaf. I terlalu ikutkan perasaan. I pun tak tahu kenapa I boleh semarah tu dengan you sampai sanggup naik tangan. Sekali lagi, I minta maaf."
Adyan tersenyum sinis " sayang betul kau dengan kakak kau tu kan..? Macam dia tu sempurna sangat dekat mata kau, sampai orang lain langsung tak boleh kacau atau sentuh dia."
Jasmine senyum pandang pemandangan luar bilik, indahnya malam itu " siapa tak sayang kakak sendiri. Dia kakak I, adyan dan I adik dia. Takkan lah I nak bencikan dia. Sama macam you jugak. Cinta you pada kakak I pun tak terhitung, adyan. I boleh nampak sampai sekarang you masih berharap pada dia.."
Adyan mengeluh berat " boleh tak kau berhenti cakap pasal dia...? Kau tak rimas ke..?"
" berhenti untuk apa..?" jasmine senyum sinis " itu fakta, kan..? Bukan ke you memang terlalu sayangkan fasya..? You pernah cakap dengan I takde wanita lain yang boleh gantikan tempat fasya dalam hati you sendiri."
Adyan tiba-tiba mencapai tangan jasmine yang berada di atas meja kecil itu. Jasmine tergamam.
" aku tahu aku banyak buat salah dengan kau, min... Aku tak patut hancurkan persahabatan kita dulu. Yer, memang salah aku."
Dia mengeluh lagi. Jasmine menarik tangannya perlahan lalu memandang ke luar tingkap, senyumannya kosong " apa yang berlaku antara kita bukan salah you, adyan. Tapi I... memang I punca semua benda ni berlaku.."
Jasmine berpaling, memandang adyan dengan senyuman pahit " I memang punca segalanya. You langsung tak salah pasal persahabatan kita dulu. Kalau I jadi you pun, I takkan maafkan orang yang kotor macam I ni. Dan takkan senang-senang mengaku yang dia tu kawan I.."
" sayang..."
" I tak pernah salahkan you, adyan.. sikit pun tak.." sambung jasmine perlahan " dan I rasa semua ni kifarah untuk I. Siapa je tak malu bila kawan sendiri buat kerja terkutuk...? Lagi-lagi bila isteri sendiri yang buat kerja terkutuk tu. Kalau I jadi you pun, dah lama I pergi tinggalkan you. Tapi you tak buat macamtu adyan.. you masih bertahan sampai sekarang."
Jasmine ketawa sinis sambil menggeleng kepala " dengan lelaki keliling pinggang..." nada suaranya mati " langsung tak layak digelar perempuan suci."
Air mata jasmine jatuh tanpa sempat ditahan. Adyan turut menitiskan air mata, pantas-pantas disapunya. Dia tak mahu jasmine perasan.
Jasmine tiba-tiba tersenyum, tidak mahu keruhkan suasanaa " you esok nak keluar..?"
Adyan ketawa kecil " kemain tadi aku ajak tak nak. Dengan suami sendiri pun jual mahal. Tak pasal-pasal aku dapat tamparan free."
" I bukan jual mahallah adyan.." jasmine balas lembut, dia pandang adyan semula dengan teruja " nak tahu tak, tadi papa call I."
" ohh yekee..?" adyan angkat kening " sayang betul papa dengan kau kan..? Baru jumpa tadi, dah call balik. Jadi, apa yang papa cakap..?"
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomanceSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
