" apa yang rancak sangat borak tu..? Dari dapur tadi adik dengar popek popek. Macam serius semacam je."
Nada jasmine selamba bertanya ketika dia melangkah keluar dari dapur, membawa dulang berisi air menuju ke meja.
Iskandar ketawa kecil lalu memandang anaknya " tak ada apa pun, adikk. Bercerita pasal rutin adyan. Yelah, lama betul kali ni dia cuti."
Adyan tersenyum sambil mengangguk.
" ouhhh..." jasmine menjawab pendek sebelum bangun dan duduk di sofa " mama..."
Pandangan adyan terus beralih ke arah jasmine sebaik sahaja nama itu disebut. Jasmine cuba sambung, walaupun dia tidak tahu kenapa pertanyaan itu terkeluar daripada bibirnya sendiri.
" mama sihat, pa..?"
Iskandar tersenyum lalu mengangguk " alhamdulillah. Bila-bila kalau kamu berdua lapang, jenguklah papa dengan mama dekat rumah."
Adyan mengangguk. Jasmine juga begitu, cuma anggukan jasmine kelihatan sayu. Adyan yang perasan terus rasa serba salah.
" insyaallah, kalau jasmine dengan adyan tak sibuk, kitaorang akan ke sana melawat papa dengan mama," ujar jasmine sambil tersenyum.
Iskandar mengangguk puas.
" ehhh, minumlah. Tengok je buat apa..? Tak sudi ke papa minum yang adik buat ni..?"
Bergurau jasmine sambil menjemput mereka berdua. Iskandar dan adyan ketawa kecil, masing-masing menggeleng.
" ada dia kata papa tak sudi nak minum..? Hmm, air kopi adik buat kot..? Kalau adyan nak tahu, kopi adik ni paling terbaik tau. Kopi mama buat untuk papa pun tak sesedap adik buat untuk papa," usik iskandar sambil minum seteguk air.
" amboi pa, kemain eh. Bagitahu mama kang, berani papa kutuk air mama..?" balas jasmine.
Adyan dan iskandar saling gelak.
" tapi betullah, adik. Papa tak tipu." iskandar sejenak memandang adyan senyhm " haishh, untung adyan dapat kahwin dengan adik. Masakan dia, minuman dia. Hmm perghh, memang terbaik. Kalah chef hotel lima bintang," sambung iskandar bersungguh.
Adyan tersenyum, lalu memandang jasmine dengan wajah menggoda " iyee, sayang...? Wuishh, untung abang kahwin dengan sayang kan..? Kalau kahwin dengan orang lain, belum tentu dapat layanan macamni. Kan, pa..?"
Jasmine hanya tersenyum. Fake betul.! Blushing tu memang blushing, tapi takkanlah nak melompat depan adyan. Kang dia cop dirinya perempuan gatal.
Lagipun, memang pelik. Suami yang selama ni benci dia, tiba-tiba panggil abang-sayang..? Apa tak betul ke otak mamat tu..? Tapi jangan perasan sangatlah. Semua ni sebab papa ada dekat sini je.
Jasmine mengangguk " tulah, memang beruntung. Tapi lagi beruntung kalau you kahwin dengan fasya suatu hari nanti. Yelah, nanti kalau kita berpisah, pastu you mesti akan kahwin dengan fasya. Time tu, you manusia paling beruntung sebab dapat memperisterikan fasya. Sama macam perjanjian kita sebelum ni, kan..?"
Terlepas cakap. Terus suasana senyap seketika. Iskandar memandang jasmine dengan dahi berkerut " haa..? Pisah..? Perjanjian apa pula antara adyan dengan adik..?"
Adyan cepat-cepat memandang jasmine sambil menggeleng. Ya Allah, depan papa mertuanya pula dia bahas benda ni.
" apa benda..?" jasmine bersuara sambil buat mimik muka itik.
Mati lah.
Adyan sudah binggung, bagaimana mahu menutupi tanda tanya tu. Terus adyan membalas " hehehe... tak payah layan sangat si min ni, pa. Dia memang suka merepek. Kitaorang tak ada perjanjian apa-apa pun," cepat adyan menutup keadaan.
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomanceSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
