Mereka melangkah perlahan menuju ke meja makan yang sudah tersedia di sudut restoran itu. Suasana dalam Cafe Sambal Lado agak meriah dengan aroma rempah dan kuah tomyam yang menusuk hidung.
Lampu kuning yang malap memberi rasa hangat, membuatkan perut yang lapar terasa makin tidak sabar.
Julia terus menarik kerusi dan duduk " ehh, min. Kau kena try dia punya Thai Tomyam Fishbowl..!" katanya teruja, mata bersinar-sinar seperti promoter tetap restoran itu.
Jasmine tersenyum kecil sambil melabuhkan punggung " apa nama kedai ni sebenarnya..?"
Kamelia menyampuk pantas, bangga " nama kedai ni Cafe Sambal Lado. Kitaorang dua ni memang dah pro dengan semua makanan dekat sini. Tapi yang always kitaorang repeat order... tomyam dia."
" betul.!" julia mengangguk laju " sumpah, berkrim gila kuah dia. I like.! Tapi aku tak tahulah kalau kau suka atau tak. Orang kan lain-lain taste..?"
Jasmine ketawa kecil " don't worry, aku follow korang je. Kalau korang nak order tu, aku ikut."
" baik doh, min..!" serentak julia dan kamelia bersuara sambil mengangkat jari jempol ke arahnya.
Jasmine hanya menggeleng kepala, senyum tak lekang di bibir melihat perangai dua sahabatnya itu.
Sepuluh minit kemudian, hidangan yang dinanti akhirnya tiba. Mangkuk besar tomyam fishbowl itu diletakkan di tengah meja, berwap panas, penuh dengan isi ikan, sotong, udang dan cendawan.
Kuahnya kelihatan pekat kemerahan bercampur putih krim, menggoda selera. Julia dan kamelia hanya memandang jasmine, seolah-olah keputusan hidup mereka bergantung pada reaksi gadis itu.
Jasmine mencapai sudu. Dia menghirup sedikit kuah tomyam tersebut. Hangatnya menyentuh lidah, pedasnya menyapa perlahan, dan rasa lemak berkrim itu menyatu sempurna dengan masam yang cukup seimbang. Dia menutup mata seketika, menikmati rasa yang menyebar hingga ke dada.
" amacam, sedap tak..?" soal julia tidak sabar, tubuhnya sedikit ke depan.
Jasmine membuka mata lalu mengangguk laju " haahlah, sedap. Betullah korang cakap, kuah dia berkrim. Mungkin kalau orang tak suka kuah creamy macam ni, dia tak berapa masuk. Tapi aku ni jenis tak kisah. Tolak batu kayu pun jalan."
Mereka bertiga ketawa tanpa segan silu, mengundang beberapa pandangan dari meja sebelah. Tapi masing-masing tak peduli.
" ehhh, makanlah," pelawa jasmine sambil mencapai sudu lagi.
Julia dan kamelia akhirnya menyuap makanan ke dalam mulut. Wajah mereka jelas puas. Bunyi sudu berlaga dengan mangkuk dan tawa kecil yang berselang-seli memenuhi ruang meja itu.
—————————
Deruman enjin BMW M4 perlahan-lahan mati di hadapan sebuah vila mewah yang tersergam indah. Pintu kereta dibuka, dan seorang lelaki berkemeja kemas keluar dengan langkah penuh wibawa. Wajahnya tegang, rahangnya jelas menahan sesuatu yang terpendam.
Itulah Tengku Aidan.
Dia melangkah masuk ke dalam rumah yang luas itu tanpa menoleh kiri kanan. Lantai marmar berkilau memantulkan bayangnya. Baru sahaja kakinya mahu menapak ke tangga..
" aidan." suara itu memanggil, tegas namun tidak menoleh ke arahnya.
Di ruang tamu, adawiyah duduk di sofa dengan tubuh sedikit membongkok. Wanita dalam lingkungan usia empat puluhan itu kelihatan tenang di luar, tetapi nada suaranya menyimpan resah.
Aidan mengeluh panjang. Dia berpaling perlahan " what now, mummy..? Mummy nak marah aidan lagi ke..? Yelah... kalau tak disebabkan aidan tak sumbat mamat bodoh tu ke penjara, mungkin mummy tak akan sendiri macam ni, kan..?"
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomanceSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
