BAB 45

2.4K 78 6
                                        

Malam itu sunyi. Selepas pertemuan dengan fasya petang tadi, jasmine membuat keputusan untuk singgah dan menenangkan diri di rumah aakif dan naura sebelum pulang.

Fikirnya, sekurang-kurangnya dia boleh susun semula perasaan yang sudah bersepah. Namun sebaik sahaja dia melangkah masuk ke rumah sendiri, jantungnya berdegup kencang.

Pintu ditutup perlahan. Dan saat dia berpaling, adyan sudah berdiri di hadapannya. Wajah lelaki itu gelap. Rahangnya tegang. Matanya tajam menikam.

Jasmine hampir melatah " ehhh... awak dah lama balik..? Tak nampak pun kereta awak dekat luar tu..?"

" kau dari mana..?"

Suara itu dingin. Tidak tinggi, tetapi cukup membuatkan bulu roma jasmine meremang. Tidak menjawab soalan jasmine tadi.

" malam macam ni baru balik. Tak sedar ke kau tu ada suami..?"

" saya minta maaf... tapi saya tak dari mana pun. Dari rumah naura je. Kenapa..?"

Adyan tersenyum sinis " kau pergi rumah naura ke... kau pergi check in hotel dengan aakif..?"

Wajah jasmine terus berubah " apa maksud awak cakap macam tu..?"

" tak betul..? Jalan berdua. Dalam kereta berdua. Nampak macam buat maksiat. Bezanya korang tak adalah sampai masuk hotel buat benda tak senonoh tu, kan..?"

" jaga mulut awak, adyan. Sejahat saya, saya tak pernah sekotor tu."

Adyan ketawa kecil, menyilangkan tangan " asal..? Kau nak marah..? Kau tak puas hati sebab aku cakap pasal skandal kau..?"

" skandal apa..? Saya keluar dengan aakif, bukan dengan siapa pun. Awak sendiri tahu macam mana hubungan saya dengan dia kan..?!"

" more to... skandal..?" adyan mengangkat bahu " ehh, naura tahu tak..? Kesian dia kan diperbodohkan dengan korang macamtu jer..? Entah-entah dari sebelum kahwin lagi kan, kau dengan dia memang ada hubungan sulit. So... apa yang fasya cakap tu.."

PANG..!

Tamparan itu bergema dalam ruang tamu. Adyan terdiam, memegang pipinya yang mula merah. Matanya membulat memandang jasmine.

" kau lempang aku..?!!"

" jangan nak tuduh saya bukan-bukanlah, adyan..!!"

" aku tuduh..?" dia ketawa hambar " kau kejap."

Adyan mengeluarkan telefonnya, membuka sesuatu lalu menunjukkan kepada jasmine.

Sekeping gambar.

Jasmine dan aakif di dalam kereta. Sudutnya nampak mencurigakan, seolah-olah mereka terlalu rapat.

" kau tak dapat dekat hotel, dalam kereta pun jadi kan..?" adyan tersenyum sinis. " jadi perempuan jangan terlalu murah lah, bodoh."

Air mata jasmine terus jatuh. Namun kali ini, bukan kerana sedih semata-mata. Kerana kecewa.

" awak ni memang munafik, kan adyan..?" suaranya bergetar " haritu awak cakap awak tak suka orang panggil saya murahan. Dan malam ni... awak sendiri ulang benda yang sama."

Dia menyeka air matanya kasar " baiklah, mulai malam ni.. saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau saya pernah buat salah dengan awak. Lepas ni... apa-apa berlaku, awak jangan menyesal dengan apa yang awak dah buat."

Adyan terkaku.

" jadi lepaskan saya malam ni."

Ayat itu seperti petir menyambar.

" ini yang awak nak kan..? Dari awal lagi ini yang awak nak. So silakan. Ceraikan saya, adyan."

Adyan menggeleng perlahan. " tak."

PENGORBANAN HATICerita yang buat anda obses. Terokai sekarang