Lepas sahaja makan, suasana di halaman rumah menjadi sunyi. Angin malam yang bertiup lembut langsung tidak mampu mengusir kekusutan di hati adawiyah.
Dia duduk termenung sendirian di bangku kayu, mata memandang kosong ke hadapan, entah apa yang bermain di fikirannya. Tiba-tiba satu suara memecah kesunyian.
" you masih awkward dengan I ke, adawiyah..?"
Adawiyah tersentak kecil. Dia menoleh perlahan. Wajah yang ditatap itu membuatkan dadanya berdegup lain macam antara takut, rindu, dan seribu satu rasa yang sukar ditafsir.
" ermmm, I..."
" boleh ke I ni tumpang duduk sekali..?" pinta muzzafar lembut.
Adawiyah diam seketika. Hatinya berperang. Namun akhirnya dia mengangguk perlahan. Muzaffar mengukir senyuman nipis lalu duduk di sebelah dan tidak terlalu rapat, masih menjaga batas yang pernah mereka hilang dulu.
" you macam mana duduk sarawak selama ni..?" soalan itu keluar tanpa mereka saling berpandangan.
" okey je. I bahagia duduk sana."
Ringkas. Dingin. Tapi cukup untuk muzzafar menghela nafas perlahan " aidan kata, business you sekarang semakin maju. Sampai-sampai sekarang ni, dah ada satu cawangan baru dekat sini."
Adawiyah hanya diam, tunduk.
" bodohnya I dulu adawiyah.. sebab buatkan diri you macam perempuan tak bermaruah dan tak bekerjaya. Sekarang ni, you yang makin hebat dari I.."
" zaf.. Stop talking about the past. We really can't change our own destiny."
Muzzafar keluh sekali lagi, abaikan kenyataan adawiyah " dan I dengar dari adyan jugak... yang mana you pernah kahwin dulu, tapi.."
" cerai."
Kali ini adawiyah memotong, sambil memandang muzaffar dengan senyuman tipis yang lebih kepada menahan luka daripada bahagia. Mata mereka bertaut.
Muzaffar mengangguk kecil " tahu, I tahu... adyan dah cerita dengan I."
Adawiyah kembali memandang ke hadapan. Senyumannya hilang " perkahwinan yang I jalankan... tak pernah pun bahagia, zaf. Baik daripada side you, mahupun side dia. Hidup I sentiasa hancur."
Kata-kata itu jatuh perlahan, tapi cukup berat untuk membuat muzzafr terdiam.
" I..."
" I fikir dulu you lelaki paling sempurna dalam hidup I," sambung adawiyah, suaranya sedikit bergetar " rupanya... you sama je macam lelaki lain. I cerai dengan you. Kemudian kita berpisah dan I jumpa someone yang I percaya boleh bagi I lebih baik kebahagiaan, tapi rupanya perangai dia sama macam you."
Muzaffar mengetap bibir. Dia tahu dia tak ada hak untuk membela diri " tapi.."
" ya, I tahu. Sekarang you dah berubah." adawiyah memotong lagi, kali ini dengan nada yang lebih tenang " so... congratulations, zaf. You dah berjaya jadi ayah yang terbaik untuk anak-anak kita... walaupun kita mungkin tak akan bersama balik."
Angin sejuk malam berlalu lagi, membawa bersama kesunyian yang lebih berat dari tadi.
Muzaffar mengeluh. Untuk kesekian kali " macammana kalau I nak kita bersama semula... you akan terima I balik..? Dan I janji dengan you, yang I tak akan sia-siakan you lagi."
Soalan itu membuatkan masa seolah-olah terhenti. Adawiyah terkedu. Perlahan-lahan dia menoleh. Mata mereka bertemu lagi dan kali ini lebih dalam, lebih lama. Muzaffar tersenyum. Harapan jelas terpancar di wajahnya.
****
Di sebalik pintu rumah, dua pasang mata sedang memerhati tanpa suara. Aidan tersenyum lebar, penuh keterujaan.
ANDA SEDANG MEMBACA
PENGORBANAN HATI
RomanceSecond story✨ Tengku Adyan Hayder seorang lelaki yang memiliki segalanya. Kerjaya, kekayaan, kuasa. Namun dalam soal cinta... dia gagal. Hatinya pernah dihancurkan oleh seorang wanita yang meninggalkannya bukan kerana tak cinta, tapi demi membalas d...
