1 First meet

56.7K 960 20
                                    

"Ni amira punya pasal laa ni,purse lupa nak bawak,kunci tertinggal,kereta parking jauh,dah laa file aku dekat rumah umi dan abah..adoiii susah laa ada adik bukan nak membantu tapi menyusahkan"panjang lebar bebelan Humaira Qistina.

Seorang gadis bertudung melitupi mahkotanya berbaju labuh tapi tetap kemas.Anak seorang dato dan datin namun cukup humble orangnya tidak pernah pandang rendah terhadap orang di bawah.

Humaira menyeluk beg sandangnya untuk mengambil phone yang dihadiahkan oleh abangnya baru2 ni sempena birthdaynya yang ke 21tahun.

"Hello,amira ko dekat mana hah??"bengang betul dia pagi2 dah buat hal adiknya itu.

"Ada kat rumah umi dan abah laa dekat mana lagi kakak oii"ujarnya

"Eh,ko tahu tak kakak ni dari tadi tau macam2 masalah yg datang,sekarang ni kakak ada dekat bandar hilir.ko datang bawak kunci rumah kakak.Pasal ko laa kakak lupa nak amik kunci tu tauuu takk"jeritnya.

Amira menjauhkan telefon dari telinganya "kakak jangan jerit boleh tak.Bingit telinga Mira tau.ye laa kejap lagi mira sampai.tunggu kat parking lot depan IOI ye kakakku sayang bye."ujar mira seraya tergelak.

"Banyak laa kau punya sayang,aku katok mu meta agi baru tahu."haa kan dah keluar loghat kelantan dia.

Humaira meneruskan berjalan sehingga ke parking lot.Lantas dia terus menekan pad kekunci keretanya itu.Dia pantas masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin keretanya itu.Dia membuka radio,mencari siaran lagu yang memainkan lagu kegemarannya.

Sambil menyanyi kecil matanya melilau mencari kelibat adiknya itu namun retina matanya tertangkap tubuh seorang lelaki berbadan kurus tapi tak ada laa terlampau kurus,tinggi,kulitnya yang putih melepak menjadi kemerah2an akibat cuaca yang beransur panas terik itu.

Dia memakai sut tuksedo yang kemas.Kasut berkilat fuhhh.Tak lupa pakai cermin mata rayband.Di samping dia berdiri dus orang lelaki yang memakai pakaian berwarna hitam.Bodyguard dia kot.

Eh alamak dia pandang aku laa.Aku segera menunduk,elak daripada ditenung olehnya.

Sejurus aku lihat dia berjalan menuju ke arahku.Adoi apa hal pulak ni?

Takkan nak samun kot.Dah laa park lot ni tak ramai orang maklumlaa tengahhari kurang orang nak bershopping ni.Dia pon kalau takda hal jangan harap nak datang.

Aku segera buat2 tercari sesuatu kat board sebelah.Adoiii makin dekat makin jantungku berdetak.Kalau boleh aku nak revearse kereta lepastu blah.Tapi tertiba kaki dan tangan macam terpaku.

Tok tok tok!!!

Cermin kereta diketuk dengan ruas jarinya.Aku makin gelabah.Dia membuat isyarat supaya menurunkan cermin kereta.Aku menggeleng.Bahaya nak buka.Buatnya dia ada niat tak baik macam mana?huh!memang taklah.

Sesaat cuma pintu kereta sebelah penumpang terbuka.Adoii aku terlupa nak lock pulak dah.Mati laa aku.

"Apa encik nak ni?kenapa masuk dalam kereta saya?Encik keluar sekarang sebelum saya report polis"ugutku bersama muka yang senagaja diberanikan.

Ye laa cuak beb.Buatnya dia apa2kan aku.Adoii mana budak mira ni?buat apa sampai masa ni pon tak nampak batang hidung dia?

Lelaki itu cuma tersenyum sinis menampakkan lesung pipit di sebelah pipi kanannya.Sebentar cuma.

"Jalan"arahnya.Aku menggeleng sebelum berani membuka mulut.

"Kenapa saya nak kena ikut cakap encik.Encik ni siapa hah?Keluar sebelum saya jerit.Lagipun..."terhenti ayatku apabila aku merasakan dia mendekatkan wajahnya ke wajahku.Seinci sahaja lagi sebelum bibirnya bertemu pipiku.

Aku terdiam lantas cuba membuka pintu keretaku.Berjaya.Namun belum sempat kakiku melangkah keluar,terasa pinggangku diraih erat dari dalam.Aku terus meronta.

"Lepaslaa.Apa ni main peluk2.Baik encik lepas sebelum saya.Argghhh."

Aku tersembam di dada miliknya.Fuh maskulinnya terasa sehingga ke rongga hidungku.Seketika cuma aku mendongak memandangnya.Walaupon dia memakai cermin mata hitamnya dapatku rasakan panahan matanya yang sedamg merenung tajam kearahku.

"Don't you dare Humaira Qistina"ujarnya dengan matanya mencerlung memandangku.Gulpp haa sudahh.

Mr PSIKO(C✔)Where stories live. Discover now