10 bulan kemudian
"Amboi sayang,nak pergi mana cantik cantik ni?"Humaira mengacah anaknya yang baru selesai mandi.
Mereka bercadang nak keluar ke Mall.
Seperti yang dijanjikan oleh Riyaz,sebulan yang lalu Riyaz membawa Humaira,Rayyan serta Raisya bercuti ke luar negara.Negara yang menjadi pilihan mereka ialah Korea.
Riyaz turut mengajak Joe dan keluarga kecilnya.
Lebih ramai lebih gembira.
Riyaz yang baru sudah mandi duduk menghampiri Raisya dan Humaira.
"Abang,abang jaga Raisya ya.Humaira nak mandi"kata Humaira.Rayyan tengah tidur disebelah.
Riyaz senyum senget.
"Okay sayang"matanya memandang anak perempuannya itu yang sedang memegang anak patung arnab berwarna pink.
Hilang kelibat Humaira di sebalik pintu bilik air.Riyaz senyum senget dengan lebih lebar.
Tangannya menarik patung arnab tersebut.Spontan Raisya memegangnya dengan lebih kuat.
Riyaz makin giat.Dia menarik lagi patung tersebut membuatkan bibir Raisya tercebik cebik ingin menangis.
Riyaz mengeraskan mukanya membuatkan seperti garang.
Tangannya menampar perlahan tangan kecil Raisya.
"Amboii,biasa dia ni"makin tercebik bibir itu apabila mendengar ayat keramat itu.
Ya,Raisya paling pantang kalau dengar ayat tersebut.
"Biaaaasaaaaa dia takmau kasi kat daddy ni"ujar Riyaz lagi.
Raisya menitiskan air matanya.Namun dia tidak meraung.Matanya memandang ke arah pintu bilik air di mana mummynya masuk dan menghilangkan diri sebentar tadi.
"Bak sini.Biasaa dia ni"sambung Riyaz.Mata anaknya yang berair tidak dihiraukan.
Hatinya berdekah dekah ketawa.Namun ditahan segera.
Sempat matanya mengerling kearah Rayyan yang sedang tidur.Sememangnya anak sulung mereka kalau tidur memang sukar nak terjaga walaupun bising nak pecah rumah.Buktinya setiap malam Raisya merengek tapi Rayyan rileks sahaja tidur.
"Biasa dia nii"
Ayat keramat masih berulang.Raisya tidak mampu menahan sendunya lagi.Dia meraung sekuat hati.
Humaira yang sedang mandi tidak mendengar akibat pancuran air serta bilik yang kedap bunyi itu.
Makin kuat Riyaz menyakat.Dia mahu menyakat lebih kuat.
Tangannya memegang telinga patung arnab tersebut membuatkan Raisya makin kuat menangis.
Memerah mukanya akibat terlampau kuat menangis.
YOU ARE READING
Mr PSIKO(C✔)
Romance"Kalau aku dapat mengandungkan kau malam ni.Kau mesti takkan dapat lari dari aku sayang." "Saya takkan sesekali terima lelaki yang dah rosakkan saya" "I'm sorry sayang.Abang terlampau sayangkan sayang.Abang taknak sayang pergi dari hidup abang.Hukum...