"Haih Humaira,buat apa kat sini?pergi naik atas.Masuk bilik ajak suami kamu sekali"tegur umi setelah melihat Humaira masih duduk di dapur.
"Err..kejap lagi laa umi.Humaira malas nak naik.Orang pon ada lagi yang tak balik"air kosong di tangan direnungnya.Dia gementar.
"Ishh ada pulak macam tu.Dah pergi naik.Ajak Riyaz tu.Penat korang dari pagi lagi.Tetamu abang long kamu ada."umi menarik Humaira agar berdiri.
Malas malas Humaira bangun.Dia berjalan menuju ke ruang tamu sebelum matanya tertancap pada Riyaz yang duduk berbual dengan abang Uwaisnya.Suaminya itu duduk membelakanginya.Songkok sudah tiada di kepala.Rambut dia.Ya allah melting.
Abang long yang sedang rancak berbual itu terpandangkan Humaira yang berdiri statik itu di tepi tangga.Segera menjuih mulutnya ke arah Humaira.Dia menggamit Humaira mendekatinya.Segera kepala digeleng laju.Manakan mahu Humaira pergi sana.
Riyaz yang perasan akan abang iparnya yang sedang membuat isyarat itu terus menoleh ke belakang.Tersenyum lebar dia apabila terpandangkan bidadarinya itu.Dia menoleh semula ke hadapan sebelum bangun.
"Err abang long.Riyaz penat laa.Tu Humaira tunggu Riyaz kot.Dia malu nak datang sini.Riyaz masuk bilik dulu ye"Riyaz meminta izin.
"Haa ye laa.Pergi rehat laa.Korang mesti penat tu.Masuk bilik bersihkan diri ya"pesan abang Uwais sebelum turut bangun.Sempat dia senyum nakal.Tak sabar laa tu.
Riyaz mengganguk lalu terus berlalu pergi mendapatkan Humaira.Senyuman sinis diukirkan buat Humaira.Beberapa langkah lagi kakinya mahu sampai ke kaki isterinya.Humaira menekur lantai.Jantungnya sudah hampir terkeluar.
Sampai sahaja di hadapan Humaira,Riyaz menarik tangan Humaira.
"Jom.Abang penat laa.Nak rehat kejap"ajaknya bersama muka yang sengaja ditegangkan.Dia sedang menahan senyum dalam hati.Dapat dilihat betapa cuaknya isterinya itu.Humaira patuh.Dia menggangguk kecil sebelum kaki diatur ke tangga sebelum menuju ke bilik tidurnya.Riyaz mengikuti langkah isterinya sambil berpegangan tangan.Dia tersenyum nakal memandang lenggok tubuh isterinya.
Sabar wahai hati.Masih awal.Jam ditilik sekali lagi.Baru pukul 7.35petang.
Pintu dikuak dari luar.Humaira terlebih dahulu melangkah masuk ke dalam bilik diikuti Riyaz.
Mewah bilik isterinya ini.Dinding dicat berwarna biru laut.Tenang.Nyamai.Katil dan cadar berwarna rose gold.Perfect.
Perabot disusun atur berjenama mahal.Pakej dengan tv besar.Hmm.Nama pun anak dato kan.Mesti mewah anak gadis mereka.
Humaira cuba merungkaikan pegangan suaminya di tangan.Riyaz meleraikan pegangan tersebut sebelum dengan selambanya dia melangkah ke arah katil yang ditaburi bunga mawar merah,lalu membaringkan tubuh kekarnya itu.
Riyaz mahu rehat.Dia memejamkan matanya rapat.Malam nanti nak berjaga.Ada 'kerja' nak buat.
Humaira terkebil kebil memandang suaminya.Ciskett tidur mamat ni.Bagus jugak.Baru tak ngada ngada.
300+ words..thank you for 30+k viewer okeh..

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr PSIKO(C✔)
Romance"Kalau aku dapat mengandungkan kau malam ni.Kau mesti takkan dapat lari dari aku sayang." "Saya takkan sesekali terima lelaki yang dah rosakkan saya" "I'm sorry sayang.Abang terlampau sayangkan sayang.Abang taknak sayang pergi dari hidup abang.Hukum...