86 Rayyan Hadif

14.7K 434 22
                                    

SI CECONET ni dah masuk usia 3 bulan.Dia sudah mula memberi reaksi terhadap apa dan siapa yang mengacahnya.

Humaira memakaikan baju t shirt kemeja dan seluar jeans baby buat anaknya.Tak lupa juga topi bayi itu.Riyaz masih dalam bilik air.

Entah apa yang Riyaz fikirkan,dia mengajak Humaira dan anaknya berjalan jalan bersama dengan Joe dan Luna di IOI Mall.

Humaira mengangkat anak lelakinya yang sudah kemas berpakaian itu.

Humaira mengacah ngacah Rayyan sambil bayi itu tersenyum senyum.Muka manis sangat ni.Ikut muka daddynya.

"Nak pergi mana ni sayang?Nak jejalan ke?Mana daddy ni.Lama sangat dalam bathroom tu."Humaira masih lagi mengacah anaknya.

Bayi berusia 3 bulan itu tersengih sengih menunjukkan gusinya yang tiada gigi.

Bijak bayi zaman sekarang.Cepat bagi respon dekat orang.

Bunyi pintu bilik air dibuka membuatkan Humaira mengalihkan pandangannya.

Riyaz tersengih sengih keluar dari bilik air.Nasib baik dah siap pakai baju dengan seluar.Kalau tak memang nak kena.Lama bukan main dalam tu.

"Dah siap?Jom sayang"ajaknya.

Humaira menjengilkan matanya.

"Baby?"

Riyaz mengecilkan matanya.

"Ye laa..dua dua laa..sayang abang dengan sayang daddy ni.Alololo"Riyaz mengambil Rayyaz dalam dukungan Humaira.

Humaira tersengih comel.

Saje aje.

Mereka bertiga keluar beriringan dari rumah itu.

Rayyan diletakkan di belakang.Seat car baby yang tersedia terpasang itu membuatkan mereka senang bergerak ke sana ke sini.

Selama ni ulang alik hospital saja.Tak pernah berjalan pun.Ni pertama kali Rayyan dibawa berjalan.

Harap tak meragam laa baby tembam tu.

Perjalanan yang hampir memakan masa 45 minit itu membuatkan Humaira sedikit lenguh.Dah lama tak naik kereta lama macam ni.Biasanya dekat aje.Hospital yang dia bawa Rayyan tu tak sampai setengah jam.

Usai memarkingkan keretanya,Riyaz memakai beg baby carry bagi memudahkannya sebelum diletakkan Rayyan yang sedang menghisap puting getah itu.Mata biru itu kuyu semacam aje.

Nak buat taik mata lagi laa tu.Mereka berjalan masuk ke dalam mall itu bersama sama.

Semasa berjalan,tangan Riyaz naik mencubik pipi tembam anaknya.Serta merta anaknya mencebik bibir.Puting getah itu terjatuh ke dadanya.

Humaira yang perasan dengan keadaan itu segera menjulurkan tangannya mengutil perut sang suami.

Selepas itu dia menepuk nepuk punggung anaknya yang sedang berada dalam dakapan suaminya.

Riyaz mengerut.Tak suka dengan cubitan isterinya.Pedih laa.

"Sayang ni kan.Suka sangat cubit abang.Sakit tau"adunya.

Humaira menjelingnya.

"Abang ni suka sangat kan buat anak"kata Humaira geram

Riyaz menyeringai suka

"Memang laa.Best apa buat anak ni.Tambah tambah dengan sayang"

Humaira membulatkan matanya.

"Bukan tu laa.Maksud Humaira abang suka usik,sakat,kacau anak.Kesian dia."kata Humaira geram.Suaminya ini memang.

Mr PSIKO(C✔)Where stories live. Discover now